Followers

Saturday, August 1, 2015

Saya tak pernah pecat timbalan kerana tak sokong saya, kata Dr Mahathir OLEH MELATI A. JALIL


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semasa melancarkan buku 'Mahathir Bukan Kawan Saya' di Putrajaya hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 1 Ogos, 2015.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semasa melancarkan buku 'Mahathir Bukan Kawan Saya' di Putrajaya hari ini.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semasa melancarkan buku 'Mahathir Bukan Kawan Saya' di Putrajaya hari ini.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata hari ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin pasti melakukan jenayah yang besar yang membuatkan Datuk Seri Najib Razak terpaksa menggugurkan beliau dari Kabinet.

Dr Mahathir, dalam nada santai biasa beliau, menegaskan yang berbanding Najib, beliau tidak pernah memecat timbalannya semata-mata kerana mereka tidak menyokongnya.

"Saya fikir Muhyiddin tentu sudah buat jenayah besar, sebab itu beliau perlu disingkirkan.

"Semua penjenayah mesti disingkirkan dari negara ini, kita tidak akan benarkan penjenayah mentadbir negara," katanya dalam nada yang seperti menujukan kritikan itu kepada Najib.

Bercakap pada sebuah majlis pelancaran buku di Putrajaya, Dr Mahathir ditanya sama ada beliau terharu kerana Najib kelihatan mengikuti jejak langkahnya dalam menyingkirkan timbalan perdana menteri. – 1 Ogos, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.