Respeklah Veteran Umno Ni.. Belasah Najib Lagi.
Veteran Umno Tan Sri Sanusi Junid berkata Kabinet baharu yang dilantik perdana menteri minggu lalu dibarisi mereka yang akan mempertahankan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), menggelarnya "Kabinet 1MDB".
Ia juga terdiri daripada mereka yang kritikal terhadap bekas Perdana
Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kata bekas menteri Besar Kedah itu
dalam video yang dimuat naik di YouTube.
"Yang jelas pula, yang dilantik di dalam (jemaah) menteri itu ialah orang-orang yang bersuara menghentam Dr Mahathir.
Seolah-olah, Kabinet ini Kabinet 1MDB. Kabinet untuk mempertahankan
1MDB. Kabinet untuk memperkecilkan atau menutup segala usaha untuk
mendedahkan 1MDB."Jadi, masalah dia masih belum selesai.
Bunga pinjaman bank jalan terus, pelaburan yang tak menguntungkan jalan
terus dan modal bank terpaksa jalan terus," kata Sanusi yang merupakan
bekas setiausaha agung Umno dan naib presiden pada zaman Dr
Mahathir."Jadi, bagi kita, apa nak jadi kepada negara ini," kata bekas
menteri pembangunan luar bandar dan pertanian tersebut pada satu temu
bual Jumaat lalu.
Respeklah Veteran Umno Ni.. Belasah Najib Lagi
Minggu lepas, Datuk Seri Najib Razak menggugurkan timbalannya Tan Sri
Muhyiddin Yassin daripada kerajaan dalam rombakan Kabinet yang
menyaksikan beberapa ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC),
badan Parlimen yang menyiasat 1MDB, dinaikkan pangkat ke jawatan
menteri.
Muhyiddin sebelum ini lantang mengkritik 1MDB yang mengumpul RM42 bilion
hutang dalam masa 6 tahun beroperasi.Sanusi, yang merupakan menteri
besar Kedah dari 1996 hingga 1999, merasakan pemecatan Muhyiddin bukan
kerana ucapan kerasnya mengkritik 1MDB pada mesyuarat agung tahunan Umno
Bahagian Cheras, 26 Julai lalu."Saya tak fikir dia dipecat kerana
ucapan itu.
Saya fikir ucapan itu adalah sebab terakhir. Kerana, nak siapkan senarai
nak lantik Kabinet baru ni, dia makan masa."Kita dulu pun pernah tukar
Kabinet juga. Nak tukar kabinet, kena kaji," katanya sambil menambah
Muhyiddin hanya membangkitkan isu biasa yang menjadi kebimbangan dan
diperkatakan rakyat.
Bekas menteri yang pernah berkhidmat di zaman Dr Mahathir, Sanusi juga
memberi pandangannya berhubung pelantikan 4 anggota PAC sebagai menteri
dan timbalan menteri, mengatakan ia melumpuhkan panel bipartisan
itu.Beliau berkata prosiding PAC yang sedang berjalan sekarang, termasuk
inkuiri terhadap 1MDB, lebih penting daripada tugasan seorang timbalan
menteri.
"Orang yang tengah buat kerja secara aktif dalam PAC, 4 orang daripada
yang paling aktif sudah naik pangkat jadi timbalan menteri, lumpuhlah
PAC," katanya.Beliau juga menyentuh mengenai pasukan petugas khas yang
ketika ini menyiasat 1MDB, menyatakan kehairanannya apabila "seorang
(daripada mereka) sudah kena berhenti kerana sakit".
Beliau dipercayai merujuk kepada bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani
Patail."Patutnya, orang yang sakit minta berhenti, yang ini tak. Orang
yang dikatakan dah lama sakit ni tak minta berhenti pun, dia nak
selesaikan tugas dia, tiba-tiba dia diberhentikan.
Itu kan menjadi tanda tanya," katanya."Dan kita tengok, hasil daripada
penyelidikan ini, sudah ada tangkapan. Dan ada yang nak ditangkap, dah
lari. Jadi, rakyat bertanya-tanya, dunia pun dah
tanya-tanya."Kawan-kawan saya dari luar negeri, dia tahu, dia ikut semua
ini. Jadi, bila dia ikut, dia hairan... Kerana, sudah ada tindakan
daripada pasukan petugas ini, tiba-tiba ada pemecatan.
"Beliau juga mempertahankan bekas ketuanya Dr Mahathir, yang dikecam
beberapa menteri Umno kerana membangkitkan isu 1MDB.Sanusi berkata,
berbeza dengan pemimpin pembangkang yang membawa isu itu kerana hendak
mengalahkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya, Dr Mahathir
menimbulkannya kerana menjangkakan ia boleh menjadi isu yang akan
menjatuhkan BN.
"Dr Mahathir nampak, cara ini memang boleh mengalahkan kita, kecuali kita sendiri ambil masalah ini dan selesaikan," katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.