Kepala Batas: Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak berkata, proses mendapatkan dana parti adalah hak eksklusif presiden dan proses mendapatkan dana itu tidak perlu dibincangkan dalam mesyuarat atau perjumpaan tertutup bersama ahli parti.
Najib berkata, beliau tidak pernah mempersoal tindakan bekas Presiden UMNO terdahulu mendapatkan dana politik, termasuk ketika menjadi Timbalan Presiden selama enam tahun kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Menurutnya, ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Presiden UMNO, Pak Lah selaku timbalan tidak pernah mempersoalkan mengenai dana parti.
"Tetapi kenapa apabila saya jadi presiden, ia dipersoalkan.
"Saya buat untuk kepentingan parti dan sudah diputuskan oleh SPRM tidak menyalahi undang-undang," katanya ketika merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Kepala Batas di Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas, sebentar tadi.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/70752?m=1#sthash.1dV7HI4N.dpuf
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.