Followers

Sunday, August 2, 2015

PM: Tak perlu 'yes man', tapi janganlan 'no man'

Najib Kutuk Pembangkang Pertahankan Seluar Dalam Lebar




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menafikan rombakan kabinet Selasa lalu bertujuan mewujudkan kabinet yes man (pak turut).

Beliau sebaliknya berkata Umno akan runtuh jika semua orang dalam parti itu menjadi penurut semata-mata.

“Saya tak mahu yes man, tapi janganlah 'no men' di luar,” katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan Umno Hulu Selangor hari ini.

Beliau juga berkata pihak yang berbeza pandangan boleh menyuarakannya melalui ruang sedia ada dan tidak perlu mengikut cara pembangkang.

“(Pembangkang) hilang jam tangan Omega pun pertahankan. Seluar dalam lebar pun pertahankan. ‘Suka sama suka’ pun pertahankan.

“Sebab apa? Dia tahu kalau pemimpin dipertahankan, parti akan menang dan parti akan berjaya,” katanya.

Najib dipercayai mengeluarkan kenyataan itu bagi menteramkan anggotanya yang mula memberikan reaksi negatif terhadap pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri.

- mkini


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.