Followers

Friday, August 21, 2015

PKR perlu 25 ahli Parlimen BN untuk singkir Najib


Hanya 25 ahli Parlimen Barisan Nasional diperlukan untuk sokong undi tidak percaya terhadap perdana menteri, kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Ogos, 2015.
 
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata pihak pembangkang cuma memerlukan 25 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang sanggup menyokong usul undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Razak sekali gus menyingkirkan perdana menteri itu.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, beliau percaya jumlah itu boleh dicapai memandangkan ahli Parlimen BN juga sebenarnya bersama sentimen rakyat yang bosan dengan suasana politik dan ekonomi negara.

"Saya yakin ahli Parlimen daripada parti pembangkang atau BN faham sentimen ini.

"Sebab itu saya masih menaruh harapan akan ada 25 ahli Parlimen BN yang masih mempunyai kesedaran dan kecintaan kepada rakyat untuk berani tampil menyokong satu undi tidak percaya untuk menukar perdana menteri," katanya dalam kenyataan hari ini.

Rafizi berkata, beliau percaya ahli Parlimen BN itu akan berdepan pelbagai cubaan seandainya mereka bersetuju menyingkirkan Najib.

"Namun, saya juga percaya mereka gelisah dengan perkembangan yang berlaku dan mereka masih ada kesedaran untuk membezakan yang benar berbanding tidak benar," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.