Followers

Wednesday, August 26, 2015

Peluang terakhir beli baki 6,000 kameja-T BERSIH 4


1862
   

Mereka yang berhasrat untuk mengambil bahagian dalam perhimpunan BERSIH 4 hujung minggu ini tetapi gagal untuk mendapatkan kameja-T rasmi, mempunyai peluang terakhir untuk mendapatkannya esok.

Menurut pegawai Urusetia BERSIH, Mandeep Singh, pihaknya akan menerima baki 6,000 kameja-T esok yang boleh dibeli pada harga RM20.

Ini selepas kameja-T berwarna kuning gerakan itu telah habis dijual sekali lagi hari ini, menjadikan jualan setakat ini berjumlah kira-kira 35,000 helai.



Mandeep (foto), hari ini sahaja 5,000 kemeja-T telah dijual kepada orang ramai di ibu pejabat BERSIH di Petaling Jaya.

"Saya tidak pernah melihat orang seramai itu beratur di luar ibu pejabat BERSIH," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Mandeep berkata bilangan orang yang berkumpul di ibu pejabat BERSIH turut menyebabkan kesesakan lalulintas di jalan raya di luar.

Sesetengahnya, kata Mandeep, terpaksa pulang tangan kosong kerana stok kameja-T BERSIH cepat habis dijual.

Bagaimanapun, Mandeep berkata mereka yang datang adalah menyokong BERSIH dan tidak marah walaupun tidak sempat untuk membeli kameja-T BERSIH.


KALPANA M adalah wartawan pelatih di Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.