Sejak wujudnya rokok vape yang kini semakin popular dan menjadi kegilaan ramai, dilihat masyara...
Sejak wujudnya rokok vape yang kini semakin popular dan menjadi kegilaan ramai, dilihat masyarakat semakin rakus menghisap vape. Tak kira dimana kita pergi, kewujudan alat elektronik itu boleh dilihat dimana-mana sahaja.
Alat ini dicipta bagi menggantikan rokok dimana wujudnya dakwaan mengatakan alat elektronik itu lebih selamat diambil berbanding rokok. Namun sejauh mana manfaat rokok jenis elektronik ini masih lagi menimbulkan tanda tanya malah ada yang mengatakan ia haram diambil kerana sama seperti rokok.
Mungkin kerana ramai yang memuji rokok vape ini lebih selamat dan jimat berbanding rokok maka ia juga diambil oleh sesetengah golongan wanita.
Memang memalukan dan amat menyedihkan! Mana taknya jika dahulu budaya merokok dalam kalangan wanita sukar sekali ditemui namun kini, mereka tanpa segan silu menghisap vape dan menghembuskan asap rokok di khayalak ramai.
Lebih memalukan wanita dan gadis-gadis melayu yang bertudung turut menghisap vape.
Malah, ada juga gadis yang bangga berkongsi gambar selfie sambil menghisap rokok vape seolah-olah bangga dengan aksinya yang disifatkan cool.
Buktinya dapat kita lihat menerusi aksi tidak tahu malu beberapa gadis melayu yang beramai-ramai menghasilkan hembusan kepulan asap tebal menggunakan rokok vape!
Tak pasal-pasal aksi mereka mencetuskan bualan dan kritikan hangat apabila tersebarnya gambar tersebut di laman sosial.
Alahai, elok-elok manis mengenakan baju kurung dan bertudung litup, habis hilang semua elemen kesantunan dan kesopanan.
Malah, para lelaki sendiri termasuk penghisap rokok tegar mengakui tidak suka melihat gadis yang merokok kerana berpendapat gadis seperti ini bagaikan tiada tarikan.
Bila tersebar hal-hal seperti ini, sedikit sebanyak pastinya menjejaskan imej wanita Melayu yang cukup terkenal adab sopannya.
Apa pun, semoga kisah viral ‘gadis-gadis vape’ ini menjadi sempadan dan pengajaran kepada wanita lain agar tidak mengikut jejak langkah yang memalukan seperti ini. -sensasi.org- hdh
Hukum menghisap shisha
Assalamualaikum ustazah,
Apa
hukum menghisap shisha? Adakah hukumnya sama dengan hukum menghisap
rokok? Dan adakah kesannya pada kesihatan sama dengan rokok?
Anuar Ahmad, JB
Ustazah Shahidah (Tim. KW IKRAM Johor)
Jawapan:
Menurut
fatwa yang dikeluarkan oleh Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz,
bekas Mufti Arab Saudi, menghisap shisha dan rokok dan segala
jenis-jenisnya termasuk dalam perkara-perkara yang diharamkan kerana
kedua-duanya mengandungi kemudaratan yang banyak.
Pakar-pakar perubatan
telah menjelaskan kesan-kesan buruk kedua-dua perkara tersebut (hisap
shisha dan rokok). Sesungguhnya Allah swt telah mengharamkan ke atas
orang Islam melakukan sesuatu yang memudaratkan mereka.
Oleh itu adalah
wajib bagi mereka yang menghisap shisha atau rokok supaya berhenti dan
berwaspada daripada perbuatan tersebut kerana firman Allah swt:
يسئلونك ماذا أُحل لهم قل أُحل لكم الطيبات
Maksudnya:
Mereka bertanya kepadamu (Muhamad), "Apakah yang dihalalkan bagi
mereka"? Katakanlah, "Yang dihalalkan bagi kamu adalah yang baik-baik.
(al-Maidah: 4)
Dan firmannya lagi:
ويحل لهم الطيبات ويحرم عليهم الخبائث
Maksudnya:
Dan dia (Muhamad) yang menghalalkan segala yang baik bagi mereka dan
mengharamkan segala yang buruk bagi mereka. (al-A'raf: 157)
Dan
kesemua jenis rokok dan shisha termasuk dalam perkara buruk yang
memudaratkan manusia. Maka kesemua jenis rokok dan shisha adalah haram
berdasar dengan dua ayat al-Quran di atas apabila diperhati maksud
kedua-duanya.
Selain
itu, menurut pendapat pakar perubatan, menghisap shisha adalah 400 kali
lebih bahaya dari menghisap rokok. Demikian ditegaskan oleh Pakar
runding Bedah Jantung dan Paru-paru, Pusat Perubatan Universiti
Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof.Madya Datuk Dr.Ramzisham Abdul Rahman.
Menurut beliau, masa merokok jauh lebih pendek dari menghisap shisha
yang kadangkala boleh menjangkau dua jam atau lebih.
Wap panas yang
disedut boleh memusnahkan cilia atau bulu-bulu roma dalam dada yang
boleh menjadikan kita batuk dengan teruk.
Ia juga akan mengakibatkan
kerosakan pada paru-paru dan jantung hingga membawa kepada penyakit
kronik seperti kanser paru-paru atau kerosakan koronari jantung.
Menurut
beliau, ini adalah berasaskan satu kajian yang dijalankan oleh Pusat
Kawalan Tembakau di Britain pada 2010 mendapati menghisap shisha memberi
risiko yang jauh lebih bahaya dari menghisap rokok tembakau.
Kerana
kandungan tembakau herba (bahan tambahan) di dalam shisha memiliki
kecenderungan untuk menyimpan kandungan karbon monoksida empat hingga
lima kali ganda lebih tinggi berbanding menghisap rokok tembakau.
Sebagai
kesimpulan, menghisap shisha adalah haram sepertimana haramnya
menghisap rokok dan kesan mudarat menghisap shisha adalah lebih buruk
daripada kesan menghisap rokok mengikut bahan perasa atau bahan tambahan
yang digunakan.
Jelas
kini bahawa hukum menghisap shisha adalah haram berdasarkan dalil di
atas dan ia disokong oleh bukti-bukti kajian sains.
Maka saya menyeru
para penghisap shisha agar segera berhenti dan bertaubat atas
ketelanjuran yang lalu. Semoga Allah menerima taubat kita. Amin.
WALLAHU A’LAM
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.