Followers

Wednesday, August 26, 2015

Majlis Peguam tawar bantuan guaman untuk peserta Bersih 4


Sepasukan peguam dari Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam akan menyediakan bantuan guaman sepanjang dua hari berlangsungnya himpunan Bersih 4 hujung minggu ini di Kuala Lumpur.

Majlis Peguam berkata pasukan itu yang diberi nama "Urgent Arrest" akan memberikan bantuan guaman kepada peserta Bersih 4 sekiranya mereka ditahan polis sepanjang himpunan itu.

"Orang awam boleh menghubungi pasukan 'Urgent Arrest' di talian 018-321 1506 dan 011-1214 0877.

"Sila kirim SMS kepada nombor tersebut dengan menyatakan nama anda; nama, nombor MyKad dan nombor telefon orang yang ditangkap dan balai polis yang akan dibawa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pasukan "Urgent Arrest" akan cuba menghubungi mereka yang ditangkap dan mengaturkan bantuan guaman secepat mungkin, menurut kenyataan itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa hari ini menyifatkan himpunan Bersih 4 sebagai 'tidak dibenarkan' atau haram kerana tidak memenuhi syarat Akta Perhimpunan Aman 2012.

Katanya, berdasarkan Seksyen 9 akta tersebut, pihak penganjur perlu mendapat kebenaran pemilik tempat.

Namun sehingga kini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertegas tidak membenarkan perhimpunan itu diadakan di sekitar ibu kota khususnya di Dataran Merdeka dan Dataran DBKL serta kawasan sekitarnya, katanya. - TMI

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.