Followers

Thursday, August 20, 2015

Langkah Mayat ahli-ahli Umno Kalau Nak Jatuhkan Najib - Zahid Hamidi



Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberi amaran kepada mana-mana pemimpin Umno yang ingin bekerjasama dengan pemimpin pembangkang didalam cubaan menggulingkan kerajaan.

Zahid juga menegaskan bahawa pemimpin Umno tersebut perlu melangkah mayat ahli Umno terlebih dahulu jika niat mereka mahu mengkhianati Presiden parti.

"Langkah mayat ahli-ahli Umno kalau nak tukar kerajaan dan Perdana Menteri guna jalan belakang," tegas Zahid.

Zahid berkata, beliau akan mencari jalan agar pemimpin Umno tidak berkomplot untuk menggulingkan kerajaan bersama pemimpin pembangkang.

Katanya, beliau akan memastikan tiada satu pun wakil rakyat komponen Barisan Nasional (BN) tidak kira ahli Parlimen mahupun Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) menyertai komplot tersebut.

"Susah-susah adakan pilihan raya, kita menang majoriti walau tidak dua pertiga. Bila kapal bergoyang, ombak melanda, ada yang nak korek kapal, bagi air laut masuk dalam kapal.

"Kita akan cari jalan tidak akan berlaku lompat parti, ahli Parlimen dan Adun kita. Sebelum nasi menjadi bubur, saya sebagai naib presiden, saya akan pastikan konspirasi itu tidak akan terjadi," katanya.

Zahid yang menyentuh mengenai maklumat mengenai surat Aku Janji menjatuhkan Najib berkata, beliau sudah mendapat maklumat yang sahih mengenai surat tersebut dan didapati terdapat beberapa pemimpin BN telah menandatangani surat terbabit.

Beliau bagaimanapun berkata, tidak akan mendedahkan nama pemimpin tersebut.

"Surat sumpah akaun janji itu disiapkan untuk ditandatangani bukan sahaja 87 ahli Parlimen pembangkang, tapi 1 BN dan mereka sasarkan 37 lagi ahli Parlimen BN untuk bersama mereka.

"Saya tidak menamakan sesiapa, Alhamdulillah kalau penafian dilakukan mana-mana tokoh," jelasnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.