Followers

Tuesday, August 18, 2015

Guling Kerajaan - Saya Bukan 'Orang Tua' Itu



Pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan bahawa beliau bukan "orang tua" yang disyaki oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terlibat dalam komplot untuk menggulingkan kerajaan.

Tengku Razaleigh berkata demikian kepada Sin Chew Daily melalui seorang pembantu malam tadi.

Pembantunya itu berkata Tengku Razaleigh berada di rumah pada malam Ahad dan tidak bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Pada hari Sabtu, Zahid mendakwa seorang ahli Parlimen dari Umno terlibat dalam komplot untuk "menggulingkan" kerajaan persekutuan.

Beliau mendakwa ahli Parlimen tersebut berusaha mendapatkan akuan berkanun dari ahli Parlimen BN dan pembangkang untuk membuktikan bahawa mereka mempunyai majoriti dalam Dewan Rakyat.

Zahid, yang juga menteri dalam negeri, enggan menamakan orang itu, dan mencetuskan spekulasi mengenai siapakah orang itu dan sama ada dia wujud sama sekali.

Pada hari Ahad, Zahid mendakwa orang itu telah menyesal dan dijadual bertemu Najib pada malam Ahad.

Najib tiba di kediamannya pada kira-kira jam 8 malam dan tidak ada tanda yang menunjukkan dikunjungi mana-mana ahli Parlimen.

- mkini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.