Followers

Thursday, August 20, 2015

Dr Mahathir dakwa ahli Umno masih suka Muhyiddin sebagai TPM

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa ahli-ahli Umno masih sukakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri.

Menurutnya, satu-satunya kesilapan Muhyiddin sewaktu memegang jawatan itu adalah bertanyakan terlalu banyak soalan.

"Isu ini (pengguguran Muhyiddin) banyak kontroversinya. Ada yang duit tiba-tiba hilang, ada pula yang tiba-tiba masuk dalam akaun sendiri. Mungkin ada baiknya dia (Muhyiddin) jadi timbalan dulu, jangan banyak bertanya... inilah kesannya.

“Tapi saya yakin, kalau tanya ahli Umno, ramai masih suka Muhyiddin jadi TPM,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peserta forum “Social Evolution in Malaysia: What’s Next?” di Universiti Teknologi Petronas (UTP), Seri Iskandar, Perak semalam.

Muhyiddin dipecat daripada jawatannya pada 27 Julai lalu menerusi rombakan Kabinet yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau digantikan dengan naib presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. – 20 Ogos, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.