Followers

Thursday, August 13, 2015

'Dosa-dosa Mahathir' dilancar di Janda Baik





Kerana sebuah buku seorang pemimpin boleh jatuh.

Perkara itu pernah berlaku kepada Pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini apabila diserang 50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi PM.

Anwar ketika itu timbalan perdana menteri bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun kini sejarang mungkin berulang apabila Mahathir pula menjadi sasaran dengan cara hampir sama, ketika beliau sendiri giat mengkritik pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Penulis politik veteran Syed Hussein Alattas (gambar) hari ini akan melancarkan buku barunya,Dosa-dosa Mahathir yang berkisar tentang kegagalan Mahathir di kediamannya di Janda Baik, Pahang hari ini.

"Ini saya punya kerja. Kita ini penulis, kita dokumenkan apa yang berlaku. Mahathir ini dia jadi perdana menteri selama 22 tahun dan dia gagal.

"Tiba-tiba sekarang ini dia mengigau. Dah nyanyuk kot," katanya berseloroh ketika dihubungi Malaysiakini.

Ditanya sama ada buku itu sebagai tanda sokongan kepada Najib, Syed Hussein memberitahu sebagai penulis,beliau tiada kaitan dengan presiden Umno itu.

Malah, Syed Hussein atau dikenali sebagai Pak Habib berkata, beliau hanya merekodkan segala yang terjadi sepanjang Mahathir menjadi perdana menteri selama 22 tahun.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.