Datuk Seri Zahid Hamidi harus digantung dari kabinet dan disiasat kerana didakwa terlibat dengan rasuah kontraktor antarabangsa dan jenayah kongsi gelap ‘14K’.
Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim dalam satu kenyataannya menggesa
Perdana Menteri Najib Tun Razak mengambil tindakan terhadap Zahid
kerana terlibat dalam kegiatan jenayah ketenteraan Amerika.
Steven merujuk TIME.com 6 Januari lalu yang melaporkan beberapa pegawai
tentera laut Amerika termasuk komandernya Jose Luis Sanchez yang mengaku
bersalah terlibat pelbagai jenayah berprofil tinggi termasuk rasuah,
sewaan bilik hotel mewah dan perkhidmatan pelacuran.
Jenayah itu melibatkan rasuah diterima dari kontraktor ketenteraan ‘Fat
Leonard’ atau nama sebenarnya Glenn Francis, Ketua Eksekutif syarikat
Glenn Defense Marine Asia.
Menurut Sim, Zahid seolah-olah cuba menyembunyikan fakta apabila
menyatakan kapal USS George Washington yang berlabuh di Pelabuhan Kelang
pada 2012 bertujuan mengeratkan hubungan diplomatik dan kerjasama
ketenteraan antara dua negara.
“Namun, jelas dalam dokumen mahkamah Amerika Syarikat menyatakan
pelabuhan kepal itu di Pelabuhan Klang adalah satu dari rancangan ‘Fat
Leonard’.
“Pada asalnya ia dijadual berlabuh di Singapura, sebaliknya diarah
menukar arah ke Pelabuhan Klang, salah satu pelabuhan dicadangkan Fat
Leonard dimana syarikatnya menawarkan kontrak palsu.
“Saya telah bangkitkan perkara ini dalam sidang Parlimen pada 25
November 2013, tapi kerajaan tak pernah respon langsung terhadap perkara
serius ini,” jelas Steven.
Syarikat Glenn Francis itu turut menyenaraikan Tentera Laut Diraja Malaysia antara klien mereka.
Tambah Steven aktiviti jenayah Fat Leonard pernah dilaporkan Associated Press Big Story (AP.org) pada 2013.
Syarikat yang berpengkalan di Singapura itu dilaporkan memberi rasuah
kepada pegawai tentera Amerika berupa imbuhan pelacur, wang tunai, tiket
konsert Lady Gaga,dan tiket penerbangan.
Malah menurut Steven, Timbalan Menteri Pertahanan Abdul Latiff Ahmad turut menyatakan bahawa kehadiran kapal USS George Washington itu menawarkan peluang ekonomi untuk Malaysia.
Malah menurut Steven, Timbalan Menteri Pertahanan Abdul Latiff Ahmad turut menyatakan bahawa kehadiran kapal USS George Washington itu menawarkan peluang ekonomi untuk Malaysia.
“Sekarang sudah jelas, ia memang ‘peluang ekonomi’ untuk Fat Leonard,” sindir Steven.
Justeru itu, Zahid dan Abdul Latiff wajib disiasat untuk mereka tidak
terlibat dengan apa juga skandal jenayah melibatkan Fat Leonard.
“Sekarang ini pun, Zahid Hamidi yang sudah jadi Menteri Dalam Negeri
juga dikaitkan dengan jenayah berkait seorang ‘Raja Judi’ kongsi gelap,
Paul Phua Wei Seng.
“Ini hal serius. Kerana dakwaan itu melibatkan pemimpin senior UMNO dan
juga seorang menteri. Demi keselamatan negara, selagi siasatan tidak
selesai mereka harus digantung,” tegas Steven.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.