Followers

Thursday, August 20, 2015

'Bobrok' kata Anwar Ibrahim

 

Demokrasi kerajaan Malaysia hari ini telah ditembak mati olih seseorang yang sedang bermasalah sehingga menyebabkan rakyat Malaysia dari seluruh pelusuk dunia bertanya masih efektif kah sistem pentadbiran negara kita?

Sudah terang dengan cahaya matahari ditambah lagi dengan bantuan cahaya 'torclight', maka tersangatlah terangnya rakyat telah melihat bahawa pada hari ini sistem kehakiman negara, Bank Negara, dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) telah tidak berfungsi dengan baik dan mempunyai 2 buah buku undang-undang.

lalu teringatlah akan kata-kata Anwar Ibrahim ... "sistem yang sudah bobrok!".

Rakyat melihat badan-badan ini telah goyang dan 'melelong' macam orang mabuk yang baru minum 'todi' semata-mata demi mahu melindungi dan menyelamatkan seseorang yang sedang bermasalah itu.

Rakyat juga melihat bahawa negara kini sedang diperintah olih seseorang yang sedang bermasalah yang perlu dilindungi dan diselamatkan.

Rakyat dari segala ceruk juga sedang melihat bahawa barisan kabinet sendiri juga sedang terhoyong-hayang macam P.Ramlee dalam filim Anak Bapak yang baru balik dari 'Bar' selepas pekena empat lima kati punya 'stout' @ 'anjing bodo' dalam menengani kemelut negara pada hari ini.

Rakyat dari seluruh pelusuk negara juga dapat melihat bahawa semua agensi dan badan penguatkuatkuasa negara sudah seperti orang yang menggunakan kerusi roda disebabkan kaki yang telah kudung dipotong kerana kencing manis ekoran tindakan seorang pemimpin.

Keadaan bukan saja haru bin biru tetapi juga merupakan satu bencana apabila beberapa individu-individu yang terlibat dalam penyiasatan akaun dan kes 2.6 biliun ini di terajang dan di penendang keluar dan dikenakan tindakan berpindah dengan serta merta.

Teringat lagi pesanan Anwar Ibrahim dari tembok batu dan jeriji besi ... KITA HARUS BERTINDAK SEGERA !!!

 


dollah yankee -
Ini lah malaysia-Ku sekarang ini ...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.