Followers

Thursday, August 20, 2015

Betul Ker Polis Hipokrit ?

Mafiaboss Melayu's photo.

Pas menyifatkan kelewatan polis bertindak ke atas individu yang dikaitkan untuk mengguling kerajaan sebagai perbuatan hipokrit.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membangkitkan persoalan itu berhubung siasatan pihak berkuasa ke atas Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan ‘orang tua misteri’ yang didakwa terlibat dengan komplot menggulingkan kerajaan.

Tegasnya, mereka perlu disiasat di bawah Seksyen 124B kerana memudaratkan Demokrasi Berparlimen.

“Mengapa Ketua Polis Negara masih tidak bertindak menyiasat para ahli parlimen BN dan “orang tua misteri” yang didakwa terlibat dengan komplot menggulingkan Perdana Menteri di bawah Seksyen 124B “memudaratkan Demokrasi Berparlimen” Malaysia?

“Mengapa masih tiada tindakan membeku para ahli parlimen BN dan “orang tua misteri” yang dituduh itu keluar negara seperti yang terkena pada beberapa ahli pembangkang dan pemimpin NGO sebelum ini?

“Mengapa tiada tangkapan, serbuan ke rumah dan sebagainya sebagaimana yang dialami para pegawai SPRM dan Bank Negara?

“Mengapa polis tiba-tiba menjadi lambat bertindak?

Bukankah itu satu hipokrisi? ?,” Dakwanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.
Dalam kenyataan yang sama, Tuan Ibrahim memaklumkan parti Islam itu akan menyokong undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Keputusan itu diambil susulan kegagalan beliau menjelaskan pelbagai tuduhan yang dikaitkan dengan dirinya.
Bagaimanapun memaklumkan, ia akan berbuat demikian sekiranya usul berkenaan dibentangkan di Parlimen.

“Sebagaimana yang dikatakan Pengarah Pilihanraya Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali, jika ada undi tidak 
percaya terhadap Perdana Menteri, Pas akan turut sama kerana tindakan terhadap 1MDB dan jawapan berhubung derma RM2.6 bilion jelas tidak dapat diterima rakyat,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.