Followers

Saturday, August 22, 2015

Berceramah lebih produktif daripada dengar Bung di Parlimen, kata Rafizi OLEH KC NAZARI


Zar Ali's photo.

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli bercakap kepada hadirin di forum Quo Vadis Malaysian Parliamentary Reform: Democracy, Not Autocracy di Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCH) di Kuala Lumpur semalam. 

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli bercakap kepada hadirin di forum Quo Vadis Malaysian Parliamentary Reform: Democracy, Not Autocracy di Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCH) di Kuala Lumpur semalam. 

Sistem Parlimen Malaysia belum cukup mantap bagi membolehkan perbahasan yang berkualiti dilakukan terhadap sesuatu rang undang-undang, kata Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli.

Secara sinis, beliau berkata lebih rela menghabiskan masa dengan berceramah politik daripada "menyeksa" dirinya dengan mendengar ucapan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin di Dewan Rakyat.

"Apa yang orang ramai tidak faham adalah, kebanyakan ahli Parlimen perlu hadir pada jam 10 pagi dan dengar Bung Moktar bercakap sehingga 12 tengah malam.

"Itu satu seksaan yang paling besar dan ia tidak produktif kerana Parlimen adalah kedai kopi – tiada perkara dibincangkan dengan sempurna dan tiada tindakan diambil.

"Saya lebih rela keluar, bantu orang ramai dan berceramah. Saya rasa itu mempunyai lebih kesan dalam mengubah negara ini berbanding mendengar Bung Moktar," katanya pada forum membincangkan hala tuju parlimen bertajuk "Quo Vadis Malaysian Parliamentary Reform: Democracy, Not Autocracy" malam tadi.
Rafizi berkata, beliau kini melakukan 3 perkara bagi melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan di Parlimen – menyebarkan rakaman video ucapannya di Dewan Rakyat berkenaan isu-isu penting sehingga ia menjadi viral, mengadakan sidang akhbar isu semasa di perkarangan Parlimen, dan menghadiri pengundian isu-isu penting.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong pula berpandangan sistem Parlimen Malaysia tidak berevolusi sepantas sistem Westminster Parlimen British.

"Kita meniru sistem Westminster, tetapi sejak 50 tahun lalu sistem Westminster sendiri sudah banyak berubah," katanya.

Menurut Liew, bekas perdana menteri British Margaret Thatcher mewujudkan jawatankuasa Parlimen bagi memantau setiap kementerian sejak tahun 1979 lagi.

"Itu adalah baru dan satu ciri Parlimen British yang berevolusi," katanya.

Namun perkara sebaliknya berlaku kepada Malaysia yang merupakan satu "pusaran ke dasar", katanya sambil menambah, malah Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sendiri diserang apabila anggotanya "dibuang" menjadi timbalan menteri dan menteri.

"Kabinet menjadi tempat pembuangan sampah," katanya.

Turut hadir pada forum malam tadi adalah bekas timbalan menteri Datuk Saifuddin Abdullah, Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke dan Ahli Dewan Undangan Negeri Senai Wong Shu Qi yang bertindak sebagai pengacara forum.

Forum tersebut dianjurkan badan pemikir DAP, Research for Social Advancement dan berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor. – 22 Ogos, 2015.



- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.