Bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata Sultan
Terengganu sendiri mengetahui hasrat 1MDB mencagarkan minyak dan gas
asli di perairan Terengganu, merujuk langkah yang ingin diambil
Terengganu Investment Authority (TIA), syarikat terdahulu sebelum
ditukar menjadi 1MDB.
Bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata Sultan Terengganu sendiri mengetahui hasrat 1MDB mencagarkan minyak dan gas asli di perairan Terengganu, merujuk langkah yang ingin diambil Terengganu Investment Authority (TIA), syarikat terdahulu sebelum ditukar menjadi 1MDB.
Bekas menteri besar
Terengganu Datuk Seri Ahmad Said bersumpah mempertahankan kenyataannya
sebelum ini yang syarikat bermasalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB)
pernah berhasrat mencagarkan minyak dan gas asli di perairan negeri
itu.
Berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Bahagian Umno Kemaman hari ini, beliau menafikan mereka cerita tersebut.
Malah katanya, Sultan Terengganu sendiri mengetahui perkara itu, merujuk langkah yang ingin diambil Terengganu Investment Authority (TIA), syarikat terdahulu sebelum ditukar menjadi 1MDB.
"TIA ingin cagarkan minyak di Terengganu. Saya bersumpah 'wallahi wabillahi'.
"Ini bukan cerita sensasi. Saya sedia bersumpah di mana sahaja untuk mempertahankan cerita ini," kata Ahmad, yang juga Ketua Bahagian Kemaman.
Ahmad pernah membuat dakwaan tersebut pada Mei lalu, di Dewan Undangan Negeri Terengganu, apabila beliau berkata, keputusan untuk menggunakan sumber petroleum di negeri itu kemudiannya ditarik balik.
Dakwaan beliau itu kemudiannya diulang bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini menjadi pengkritik utama Datuk Seri Najib Razak.
TIA ditubuhkan pada 2008 untuk mengurus dan melaburkan royalti daripada sumber petroleum di negeri itu, dan ditukar menjadi 1MDB pada 2009 selepas Najib menjadi perdana menteri pada tahun itu.
Menurut Ahmad lagi, pegawai atasan yang dilantik dalam TIA berasal dari Kuala Lumpur dan beliau sendiri tidak mengenali mereka.
"Cadangan nak tubuhkan TIA ini, semua orang dari Kuala Lumpur. Tan sri dan datuk seri yang saya sendiri tidak kenal dan kenal pada nama sahaja," katanya.
Banyak perkara yang mencurigakan mengenai TIA, kata Ahmad, bagaimanapun beliau tidak mahu mendedahkannya, mengatakan beliau menunggu masa yang sesuai untuk membongkar segalanya.
"Saya simpan dahulu buat sementara waktu, bila sampai masanya saya akan dedahkan lagi," katanya.
Dalam ucapannya juga, Ahmad menggesa supaya 1MDB menjelaskan mengenai hutang RM42 bilion yang ditanggung dana pelaburan negara itu dan menyenaraikan bagaimana mereka boleh mengumpul hutang sebanyak itu.
Mengulas pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada Kabinet bulan lepas, hanya kerana mempersoalkan isu 1MDB, beliau menyifatkannya sebagai tidak wajar.
"Tak boleh macam itu... kerana Tan Sri hanya digugurkan sebab 1MDB," kata Ahmad dalam majlis yang turut sama dihadiri timbalan presiden Umno itu yang merasmikan mesyuarat perwakilan itu.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.