Followers

Wednesday, August 5, 2015

Azalina Othman 'conteng arang' ke muka Najib, .. jangan sampai kena laknat Allah kata mufti!


Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria menegur Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said kerana membuat kenyataan jahil.

Katanya, kenyataan Azalina -adegan pasangan bercinta berpegangan tangan dan berpelukan tidak perlu diperbesarkan kerana ia hanya sekadar lakonan yang tidak
mengundang maksiat – "tidak patut dikeluarkan oleh seorang bertaraf menteri."

“Baru sehari dua naik sebagai menteri dah keluarkan kenyataan tidak munasabah.

Saya suka ingatkan menteri, timbalan menteri dan ahli Exco negeri, mereka telah mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong atau Sultan untuk pegang jawatan berlandaskan kepada Perlembagaan dan mereka bersumpah dengan nama Allah untuk mempertahankan Perlembagaan.

“Perlembagaan menyatakan agama di negara ini adalah Islam. Maka, janganlah mereka sesekali mengejek dan memperkecilkan hukum Allah. Jika tidak, maknanya
mereka melanggar sumpah,” katanya.


Beliau juga mengingatkan semua pemimpin supaya tidak melanggar sumpah, bagi mengelak dilaknat Allah.



“Saya nasihati (mereka) jangan melampau. Islam berdasarkan kepada iman. Iman itu boleh diukur berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan. Jadi, tidak boleh keluarkan kenyataan secara akal atau logik kerana ia adalah hukum Allah.

“Akal dikawal oleh nafsu dan ia dipengaruhi oleh syaitan. Jangan beraja dengan nafsu dan komen tidak tentu hala.

“Seorang menteri Islam wajib mengamalkan amar makruf nahi mungkar, atau dalam bahasa senang difahami menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah kejahatan,”
katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Sebelum ini Azalina telah ditegur oleh penceramah terkenal, Kazim Elias dan Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim kerana membuat kenyataan itu.

* baru beberapa hari je, Menteri lantikkan Najib bikin kontroversi .. dah la terpalit skandal 1MDB, Najib mesti pening dengan isu ini. hahahhahaha .

 

PEN BURUK ONLINE.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.