Followers

Tuesday, August 25, 2015

Ahli keluar Pas tak gugat sokongan parti – Hadi OLEH HAMDAN OTHMAN


Kata-Kata yang menggambarkan keyakinan atau takbur?

DI KUALA LUMPUR:

Mungkin kedengaran agak angkuh kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang yang menyifatkan tindakan ahlinya keluar beramai-ramai di beberapa bahagian di Selangor dan Melaka bukan satu cabaran besar buat Pas.

Malah Hadi terus berkata, Pas tetap parti yang kuat dan terus mendapat sokongan pelbagai lapisan masyarakat termasuk kumpulan professional.

"Tidak apa yang hendak dibimbangkan kerana Pas pernah berhadapan dengan cabaran yang lebih besar.

"Apa yang penting adalah sentiasa beristiqamah dan yakin bahawa Islam adalah penyelesai masalah dan penyelamat," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Jelas Hadi, jika ada yang mengatakan ahli Pas semakin merosot sejak terbentuknya Gerakan Harapan Baharu (GHB) yang akan menubuhkan sebuah parti Islam lain, itu ternyata tidak benar.

"Setakat ini, permohonan untuk menjadi ahli baharu Pas telah ada sebanyak 9,000 dan kita hanya boleh proses sebanyak 6,000 sehingga hari ini.

"Jadi di mana kurangnya ahli Pas berbanding yang keluar yang tidak sampai 100 orang berbanding permohonan untuk menjadi ahli baharu?" soalnya.

Kata Hadi, apa yang paling menarik pada penglihatannya adalah sokongan goongan muda kepada Pas kini semakin hari semakin ramai. - MalaysiaGazette


Posted by mountdweller.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.