Orang ramai bukan tidak tahu tetapi takut untuk bertanya siapakah yang dimaksudkan itu.
PETALING JAYA: Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, ramai yang dapat meneka individu yang berkenaan selepas membaca temubual Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali bersama Malaysiakini.
Katanya, seluruh dunia dapat meneka dengan pantas individu yang dimaksudkan itu walaupun isteri bekas Perdana Menteri itu tidak menyebutnya.
“Walaupun tidak dimaksudkan kepada sesiapa tetapi apabila Dr Siti Hasmah mendedahkan bahawa ‘resipi untuk menjadi isteri pemimpin negara ialah jangan bersaing dengan suami anda’ maka seluruh dunia dengan pantas dapat mengenali siapakah yang mempunyai sifat ini, memberikan jawapan yang sama dan menunjukan orang yang sama.
“Bila yang sudah tahu bertanya kepada rakannya, Siapakah dalam pikiran dan perhitungan engkau,jawapannya ialah- ” Sudah geharu cendana pula,sudah tahu bertanya pula,” tulisnya diblog zamkata.blogspot.com.
Zainuddin atau Zam berkata, sebenarnya orang ramai bukan tak tahu tetapi takut untuk bertanya siapakah yang dimaksudkan itu.
Katanya, menerusi tembubual itu, beliaupun tahu Dr. Siti Hasmah tidak menujukan kepada sesiapa tetapi oleh kerana banyak cerita-cerita popular mengenai seorang isteri, maka Dr. Siti Hasmah tidak dapat menyekat kebebasan orang untuk membuat tafsiran.
“Pengenalan saya pastinya sama dengan pengenalan orang ramai tetapi saya tetap amanah menyimpannya sebagai rahsia peribadi,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.