Akhbar Utusan
Malaysia hari ini mendedahkan rombakan Kabinet akan berlaku pada ketika
pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berdepan saat
genting. - Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Julai, 2015.
LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan?
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?
Ketika pentadbiran
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang berdepan saat genting,
akhbar milik Umno hari ini mendedahkan rombakan Kabinet bakal dibuat
tidak lama lagi.
Utusan Malaysia
dalam edisi mingguannya berkata, Najib kini tidak boleh mengambil mudah
apa yang berlaku memandangkan keadaan politik kini tidak lagi sama. Beliau perlu mengambil langkah lebih proaktif menghadapi serangan ke atas pentadbirannya.
"Kali ini, senario politik berubah, Najib tidak boleh ambil mudah.
"Maka
beliau perlukan pasukan baharu yang bukan sahaja dinamik malah komited
menyokongnya dalam masa yang sukar dan ketika berdepan krisis," kata
penulis ruangan pojok Awang Selamat.
Awang dalam tulisannya
berkata, rombakan itu penting bagi membolehkan Najib menangkis isu
besar, khususnya yang membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)
yang terpalit dengannya.
"Ia juga mesej jelas kepada semua beliau mahu bangkit daripada dugaan politik yang dihadapi terutamanya berkaitan isu 1MDB.
"Malah kemungkinan Najib
membuat perubahan drastik tidak boleh ditolak. Mana tahu ada kejutan
yang lebih besar, kita tunggu," katanya.
Beberapa nama diberikan
Awang yang bakal terkesan daripada rombakan tersebut, antaranya naib
presiden Umno dan juga menteri kanan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
"Tidak terlepas menjadi
perhatian Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Shafie Apdal yang
dijangka bertukar potfolio," katanya.
Shafie sebelum antara
yang lantang mempersoalkan isu mengenai 1MDB dan menggesa supaya
siasatan dibuat ke atas syarikat sarat hutang itu di mana Najib
merupakan pengerusi lembaga penasihatnya.
Selain itu, 2 menteri juga akan bertukar portfolio.
"Menteri Kesejahteraan
Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Datuk Abdul) Rahman Dahlan pula
disebut-sebut dilantik menteri komunikasi dan multimedia sementara
(Datuk Seri Ahmad) Shabery Cheek akan menerajui kementerian lain,"
katanya.
Rombakan juga akan
melibatkan pemimpin MIC yang berada dalam Kabinet di mana menurut Awang,
Najib dijangka membuang bekas presidennya Datuk Seri G Palanivel
daripada kerajaannya.
"Jawatan Menteri Sumber
Asli dan Alam Sekitar, Palanivel kemungkinan dikosongkan buat sementara
sehingga pilihan raya semula MIC September depan.
"Jika itu berlaku, seorang menteri lain akan memangku jawatan tersebut," katanya.
Selain itu, Awang juga mendedahkan bakal terdapat muka baharu dalam Kabinet Najib nanti.
"Rombakan kali ini juga dijangka menyaksikan setidak-tidaknya 2 muka baharu untuk jawatan timbalan menteri.
"Awang difahamkan, perubahan akan turut berlaku bagi jawatan tertentu di ibu pejabat Umno," katanya.
Menurut Awang, Najib
kali ini tidak boleh lagi menjaga hati dan berhati-hati dalam membuat
rombakan kerana masa untuk memberi peluang sudah berakhir.
"Najib kerap dikritik
sebelum ini kerana terlalu menjaga hati orang dan berhati-hati dalam
melakukan rombakan Kabinet terutama ke atas menteri yang lesu dan tidak
proaktif.
"Tetapi itulah pendekatan beliau yang suka memberi peluang menambah baik diri kepada semua ahli Kabinetnya," katanya.
Najib ketika ini
berdepan cabaran dan kritikan hebat daripada lawannya selepas terpalit
dalam skandal 1MDB menerusi pendedahan panas, malah akhbar The Wall
Street Journal baru-baru ini juga mendedahkan skandal sejumlah wang
dipindahkan ke akaun peribadi Najib. - 12 Julai, 2015.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.