Followers

Friday, July 10, 2015

Najib perlu letak jawatan, bercuti atau kekal pegang jawatan - Nasihat Tun Musa Hitam

 
Mantan Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam hari ini memberi tiga pilihan kepadaPerdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menangkis dakwaan terhadapnya mengenai pemindahan wang AS$700 juta (RM2.6 bilion) yang dipindahkan ke akaun peribadinya.

Menurut laporan The Malaysian Insider, tiga pilihan yang disyorkan oleh Musa itu adalah kekal memegang jawatannya dan berhadapan tuduhan itu, meletak jawatan, atau bercuti bagi memberi laluan kepada siasatan sedang berlangsung.

“Namun, saya dengan rendah diri mengesyorkan Najib melaksanakan pilihan ketiga iaitu bercuti buat sementara waktu bagi memudah cara siasatan terbuka yang sedang berlangsung.

"Ini pilihan terbaik yang akan mempamerkan kepimpinan Najib, karakter, serta personaliti yang selari dengan prinsip demokrasi berparlimen," katanya kepada The Malaysian Insider.
 

Namun, beliau juga berkata Najib boleh meletakkan jawapan untuk member peluang kepada pimpinan baru dalam UMNO.

Musa, yang suatu ketika dulu pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri semasa Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memimpin, berkata beliau tidak boleh lagi berdiam diri mengenai perkara itu dan beliau terpanggil untuk memberikan pendapatnya pada bulan Ramadan apabila mengenangkan nama baik mentornya, Tun Abdul Razak.

"Saya mengenangkan nama baik mentor saya, yang melatih saya, yang membawa negara kita pada kedudukannya sekarang, seorang yang cakna pada orang miskin, seorang yang mengambil berat terhadap rakyat.

"Seorang yang begitu banyak menyumbang iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak. Beliau menjaga saya dengan sangat baik. Sekarang saya rasa macam hendak menitiskan air mata.

"Maaf, saya tak pernah begini," katanya.

Musa dilaporkan berkata beliau tertekan apabila memikirkan Najib yang membawa nama mentornya dan menyerunya untuk berehat dan menyerahkan diri kepada Tuhan sekiranya rasa bersalah.

"Ingat, Tuhan Maha Pengampun tetapi Dia juga akan memulangkan kembali apa-apa perkara tidak elok yang kita lakukan, menurut caraNya sendiri.

"Saya melakukan perkara (seruan) ini tanpa niat buruk. Malah saya tidak untung atau rugi apa-apa. Najib sendiri begitu rapat dengan saya."

Sebelum ini, Astro AWANI melaporkan seorang veteran UMNO berkata hanya Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah boleh memberi cuti dan 'merehatkan' Perdana Menteri daripada jawatannya.

Siasatan dijalankan selepas laporan WSJ mendakwa kira-kira RM2.6 bilion dana 1MDB dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib tersebar minggu lepas.


Posted by Jeebond BLM.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.