Followers

Saturday, July 11, 2015

Azwan Ali Maki Hamun Agensi Umrah Di Mekah



Semua sedia maklum yang pengacara kontroversi, Azwan Hj. Ali kini sedang mengerjakan umrah kali kelapan beliau dan ramai peminat berharap setiap kali pemergian selebriti ini menunaikan ibadah, beliau akan pulang dengan sikap yang lebih positif.

Namun, satu insiden kelewatan bas jemaah umrah bertolak dari kota Madinah ke kota Mekah baru baru ini menjadi punca Azwan Ali sekali lagi meluahkan rasa tidak puas hati beliau melalui media sosial. Kali ini ditujukan terus kepada agensi pengurusan umrah.


Azwan Ali dalam kemaskini terbaru di Instagram memuat naik perbualan beliau bersama ejen yang menguruskan beliau meluahkan rasa tidak puas hati dengan jadual perjalanan yang diubah — selalunya jemaah perlu bertolak lebih awal ke kota Mekah.


Salah seorang pegawai agensi yang pernah mengendalikan Azwan Ali tampil memberikan penjelasan di Facebook tentang perubahan jadual tersebut dan mendakwa ianya memang amalan biasa sejak bertahun untuk bertolak sekitar 10.00 pagi dari Madinah ke Mekah.

“Kenapa saya ingin kongsikan perkara ini, kerana saya pun bekerja sebagai (ejen) menguruskan jemaah untuk menunaikan umrah. 
 
Dan dia pernah sekali pergi umrah dengan agensi kami. Kami penat nak layan kerenah dia sebelum pergi dan sampai di sana pun ada yang tidak puas hati,” ujar pegawai yang menggunakan nama Samuel Prince tersebut. (rtky/m)


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.