Followers

Tuesday, July 21, 2015

Anwar tidak dibenar bersalam dengan cucu FMT Reporters


anwar_zahid_600

Beliau hanya dibenarkan bercakap dengan ahli keluarganya melalui telefon di sebalik tabir kaca penjara Sungai Buloh sempena lawatan Hari Raya Aidilfitri. 

PETALING JAYA: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal dengan sikap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang tidak membenarkannya untuk bersalaman dengan ahli keluarganya.

Menurutnya, sempena hari raya Aidilfitri ini, beliau hanya dibenarkan bercakap dengan ahli keluarganya melalui telefon di sebalik tabir kaca penjara Sungai Buloh.

“Kesal dgn sikap Menteri Dalam Negeri yang tiada prikemanusiaan tidak membenarkan bersua, bersentuhan dan bersalaman dengan keluarga sempena raya.

“Terutama anak cucu yang balik dari luar negara tempoh singkat untuk beraya dengan saya,” katanya seperti yang disiarkan dalam status Facebook Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Pada 21 Julai ini, genap 163 hari dipenjarakan selama lima tahun di Penjara Sungai Buloh kerana didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Zack Ahmad's photo.
 Kezaliman UMNO terhadap DS Anwar semakin "MEMUNCAK"

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.