1.
Dato’ Seri Najib memberi arahan sendiri melalui minit supaya permohonan
geran RM100 juta yang berlainan dari tujuan geran R&D
dipertimbangkan oleh MOSTI
2. Projek yang diusahakan oleh NSE Resources adalah untuk membekalkan stim ke sebuah kilang yang sedang dibina di Kerteh
3.
Kontrak pembekalan stim pada harga RM55 satu tan itu adalah satu
kontrak swasta yang melibatkan NSE Resources dan pemilik kilang lain
tanpa melibatkan sebarang pegangan modal oleh kerajaan, maka sebarang
keuntungan akan dimiliki oleh NSE Resources.




Perenggan
(7) surat dari NSE Resources ini secara jelas menunjukkan bahawa projek
komersil ini tidak mendapat dokongan dari institusi kewangan kerana
syarikat itu menghadapi kesukaran mendapatkan pinjaman bank.
Ini
sepatutnya secara serta merta menimbulkan kebimbangan di pihak Dato’
Seri Najib dan kerajaan kerana projek komersil yang tidak melepasi
saringan kewangan dari institusi kewangan (seterusnya sukar mendapatkan
pinjaman) membayangkan aliran tunai dan kedudukan kewangan yang tidak
baik.
Secara langsung, ada risiko besar bahawa pulangan dari projek
tidak mencukupi untuk membayar balik sebarang dana yang disuntik ke
dalam projek ini.
Sewajarnya,
Dato’ Seri Najib mengambil sikap tidak campur tangan dan berhati-hati
kerana ia melibatkan dana awam sebanyak RM100 juta yang sepatutnya
digunakan bagi tujuan R&D.
Keputusan beliau memberi saranan kepada
Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi untuk mempertimbangkan
permohonan ini, apatah lagi dalam bentuk geran, adalah satu salahguna
dana rakyat yang terang dan nyata.
Pada
pendapat saya, projek komersil ini tidak menepati syarat-syarat untuk
mendapat geran atau bantuan modal sebesar ini berdasarkan perkara
berikut:
1.
Teknologi dan perusahaan menghasilkan stim atau syngas dari bahan kayu
atau bahan lain bukanlah teknologi terkini atau unik kepada Malaysia.
Semakan menunjukkan bahawa boiler yang menggunakan kaedah ini sudah lama
dipasarkan (contohnya melalui
syarikat http://www.superiorgasification.com/)
. Oleh itu, penghasilan stim atau syngas dari bahan kayu seperti yang
diusahakan oleh NSE Resources tidaklah wajar mendapat suntikan dana
sebanyak RM100 juta dalam bentuk geran seolah-olah ia teknologi terkini
yang akan melonjakkan nama Malaysia, sedangkan ia hanyalah perusahaan
biasa yang ada di pasaran.
2.
Pembekal stim atau syngas untuk Kawasan Perindustrian Kerteh (yang mana
kilang pembeli sedang dibina) sudah pun ada, jadi tidak timbul
keperluan kilang stim milik NSE Resources ini menjadi daya tarikan
pelaburan di situ.
PETRONAS sudah mempunyai satu kilang iaitu
Centralised Utilities Facilities (CUF) yang dimiliki oleh PETRONAS Gas
yang menghasilkan stim pada kadar 720 tan sejam atau 6.3 juta tan
setahun, iaitu 6 kali ganda yang diperlukan oleh kilang baru milik CJ
Arkema itu.
Utusan
surat-menyurat yang saya bekalkan hari ini secara jelas menunjukkan
penglibatan Dato’ Seri Najib yang mengarahkan supaya dana awam RM100
juta diberikan kepada sebuah syarikat untuk mengusahakan projek komersil
yang diragui untung ruginya oleh bank-bank.
Saya
pasti geran RM100 juta ini tidak melalui proses saringan teknologi oleh
panel pakar R&D yang dilantik oleh MOSTI seperti mana
penyelidik-penyelidik tulen terpaksa lalui.
Dato’
Seri Najib tidak boleh terus lari dari persoalan penyelewengan sebegini
– atau hanya menyertai larian anti-rasuah – beliau perlu beri
penjelasan kerana ada beberapa dokumen lagi yang akan saya dedahkan.
YB RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.