Khairuddin menegakan kritikan yang dibuatnya adalah ikhlas dan bukan arahan pihak tertentu.
Tegasnya, tuduhan yang dibuat tidak berasas kerana apa yang dilakukan sekarang adalah mencegah kemungkaran, sebagaimana yang pernah dibuatnya, ke atas mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kemudian terbukti bersalah.
“Tetapi saya amat bangga kerana wadah perjuangan saya ikhlas dan tidak berteraskan kepada kebendaan ataupun untuk mendapat pangkat serta darjat. Cuma nasib saya kurang baik kerana muka saya dilabel sebagai budak suruhan tun m. Hakikatnya tidak berasas sama sekali!!!”, katanya dalam kenyataan yang dihantar kepada blogger dinturtle,
Jelasnya, pendirian itu menjadikan dirinya berbeza dengan pemimpin UMNO yang hanya tahu membodek.
Menurut Khairuddin, tindak tanduk golongan berkenaan yang tidak membuat “homework” sebelum memberi kenyataan menyebabkan mereka terpaksa menjilat ludah diri sendiri.
“Hari ini; semua kaki bodek yang menghentam saya semuanya telah sedar bahawa tindakan saya lawan 1mdb untuk membuat laporan meminta PDRM, SPRM, PAC, Bank Negara dan Kedutaan Amerika Syarikat siasat secara mendalam keatas pentadbiran serta perbelanjaan dana 1mdb hakikatnya mempunyai asas kebenaran. Ini satu perkembangan yang amat bagus”, tulisnya.
Khairuddin mendakwa kenyataannya berhubung isu yang dibangkitkan seperti 1MDB, kemudian berjaya membuka mata pihak dalam parti.
Sehubungan itu, belia menyeru kepada mereka supaya tidak taksub kepada pemimpin dan bersepakat dalam memerangi pemimpin yang dilabelnya mungkar dan mengamal rasuah.
“Apa pun tahniah lah kepada semua kaki kaki bodek yang telah sedar dan insaf ini. Demi perjuangan untuk menegakkan kebenaran untuk menyelamatkan ekonomi negara kita dari jatuh hancur; marilah sama sama kita rapatkan saf perjuangan sesama kita dan benda yang lepas janganlah dikenang lagi!!!
Buang yang keruh kita ambillah yang jernih… cuma di masa depan berhati hatilah sedikit sebelum nak buat apa apa kenyataan kerana kalangan ini adalah terdiri dari pemimpin pemimpin umno,” seru Khairuddin.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.