Followers

Thursday, April 30, 2015

Giliran Wan Azizah perli Rosmah - FMT Reporters

azizah perli

Beliau mengaitkan beg tangan jenama Birkin ketika berjalan-jalan di pasar malam bagi menyedarkan rakyat tentang kemewahan hidup isteri Perdana Menteri.

PETALING JAYA: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengikut jejak Tun Dr Mahathir Mohamad dengan mengkritik isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dalam salah satu gambar kempennya membuat ayat ‘sarcastic’ dengan mengaitkan beg tangan jenama mewah, Birkin’.
.
“Berjalan-jalan di pasar malam,cari juga beg tangan jenama Birkin, tapi tak jumpa. Peniaga tak jual kerana katanya harga beribu-ribu ringgit…cukup beg berharga RM10, RM20 untuk kita,”.


Gambar beliau di pasar malam itu merupakan salah satu kempennya di Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh selain gambar membeli barangan keperluan di pasar raya dan mengaitkannya dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Ternyata serangan dan kritikan Dr Mahathir telah membuka ruang kepada pembangkang untuk turut sama mengkritik Perdana Menteri dan isteri.

Sebelum ini agak sukar untuk melihat Wan Azizah menyerang peribadi seseorang apatah lagi Rosmah.

Laporan media, termasuk media antarabangsa pernah melaporkan Rosmah memiliki beberapa beg jenama Birkin yang setiap satunya didakwa berharga puluhan ribu ringgit.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.