Followers

Tuesday, March 31, 2015

Pekung Umno BN Terbongkar.. - Addin

Pekung Umno BN Terbongkar. Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) hari ini mengutuk tindakan pihak polis yang didakwa mereka seakan-akan bertindak seperti gengster ketika menangkap aktivis dan pemimpin politik yang terlibat dalam perhimpunan #KitaLawan di Kuala Lumpur 28 Mac lalu.

Sehubungan itu, mereka menggesa kerajaan menghentikan semua tangkapan yang bermotifkan politik dan menggugurkan semua tuduhan dan siasatan terhadap perhimpunan tersebut serta penunjuk perasaan anti GST digugurkan.

"Pecat ketua polis negara dengan serta merta kerana beliau menyalahgunakan kedudukan kuasanya dan bertindak melanggar hak dan kebebasan untuk warganegara, di bawah Perlembagaan Persekutuan," kata mereka dalam satu kenyataan bersama.

Mereka juga menggesa kerajaan menarik balik Akta Pencegahan Keganasan di Parlimen kerana undang-undang itu membolehkan penahanan tanpa bicara, iaitu terhadap mereka yang menjalankan perkhidmatan demi keadilan hak asasi dan kesamarataan.

"Kami juga menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) tanpa lengah demi mengembalikan keyakinan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM)," kata mereka.
Pekung Umno BN Terbongkar

Mereka mendakwa, ketika kejadian 26 Mac lalu, penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan pegawai polis berpakaian biasa memukul mereka yang berada di Dataran Merdeka yang ketika itu mengumpul tandatangan bagi kempen Bebas Anwar.

Kejadian itu didakwa turut melibatkan seorang warga emas yang berusia 70 tahun.

Pada 27 Mac, beberapa lelaki melarikan aktivis sosial Hishamuddin Rais selepas beliau turun daripada teksi dan berjalan menuju Dataran Merdeka bagi menghadiri satu ceramah perdana pada malam itu.

"Selepas laporan polis dibuat, polis mendedahkan yang Hishamuddin berada di Balai Polis Dang Wangi," kata mereka.

Pada masa sama, Naib Presiden PKR Tian Chua juga turut ditahan.

Manakala pada 28 Mac, iaitu pada hari perhimpunan #KitaLawan, polis menahan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu di Pulau Pinang pada 12.20 awal pagi itu.

"Selepas perhimpunan itu, tiga orang lagi termasuk ahli Majlis Tertinggi PKR Fariz Musa ditangkap dan dua yang lain dibebaskan pada hari yang sama," kata mereka.

Semalam, jam 3.20 pagi, pihak polis yang didakwa bersenjata menahan Ahli Parlimen Selangor Khalid Samad di rumahnya di Shah Alam berikutan penyertaannya dalam perhimpunan sama.

Pada 28 Mac, peserta #KitaLawan berkumpul di tiga lokasi di Kuala Lumpur - Dataran Merdeka, Masjid Jamek dan ibu pejabat PAS - sebelum berarak menuju ke tempat perhimpunan terakhir di depan pusat membeli belah Sogo.

Perhimpunan mereka itu ialah bagi menuntut pembebasan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan peletakan jawatan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.