
Bekas Hakim kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram, yang menimbulkan kekecohan
apabila muncul di mahkamah Oktober lalu untuk mengetuai pasukan
pembelaan dalam perbicaraan akhir rayuan sabitan kes liwat Datuk Seri
Anwar Ibrahim, dipaksa meninggalkan firma undang-undang Soo Thien Ming
& Nashrah semasa pendengaran berlangsung, kata sumber. Sumber memberitahu
The Malaysian Insider, Sri Ram, 71, bagaimanapun kekal sebagai peguam
Anwar sehingga rayuan kes liwat itu diputuskan. "Ia tidak jelas sama ada
Sri Ram diarahkan berhenti kerana tekanan luar digunakan terhadap firma
itu kerana muncul dalam kes profil tinggi Anwar atau rakan kongsi
ketakutan apabila melihat perunding mereka mempunyai peranan langsung
dalam kes itu," kata sumber berkenaan.
Bekas hakim Mahkamah
Persekutuan itu menyertai Soo Thien Ming & Nashrah sebagai perunding
tidak lama selepas bersara pada 2010.
Firma undang-undang
yang terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur itu menguruskan hal litigasi
dan pemindahan hak dan pelanggan, termasuk syarikat-syarikat berkaitan
kerajaan serta institusi kewangan.
Rakan kongsi pengurusan Soo
Thien Ming tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen kerana berada
di luar negara. Sri Ram, ketika dihubungi enggan mengulas berkenaan hal
itu tetapi berkata beliau menubuhkan syarikat sendiri pada bulan lepas.
Katanya, beliau kini mempunyai lebih fleksibiliti dan boleh mengambil
sebarang kerja yang dipilih. "Selepas kes Anwar, saya membuat keputusan
amalan yang saya terlibat dalam membawa banyak konflik.
Oleh itu, saya tidak boleh hadir sebagai peguam atau memberi nasihat di firma (sebelumnya) terbabit," katanya.
Rayuan kes Anwar di Mahkamah Persekutuan yang bermula pada 28 Oktober
menyaksikan Sri Ram berhadapan dengan peguam Umno Tan Sri Muhammad
Shafee Abdullah, yang diberikan lesen sementara sebagai timbalan
pendakwa raya.
Rayuan Anwar ialah kes pertama bagi Sri Ram
sejak beliau bersara sebagai hakim selepas lapan hari berhadapan panel
lima hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria.
Dalam temubual bersama The Malaysian Insider tidak lama selepas
pendengaran Mahkamah Persekutuan itu, Sri Ram ketika ditanya apa yang
membuatkan beliau mengambil kes rayuan liwat Anwar berkata: "Saya
seperti teksi dan mesti berkhidmat kepada mana-mana penumpang yang
menahan saya."
Beliau berkata akan mewakili sesiapa sahaja
dalam kes jenayah asalkan tidak ada konflik kepentingan. Sri Ram yang
membuat keputusan bagi kes jenayah dan sivil yang sering dipetik peguam,
juga berkata beliau mengambil kes ketua pembangkang itu seolah-olah
"kehidupan dan kebebasan" beliau turut terlibat.
Pada awal Mac
tahun lepas, Mahkamah Rayuan mensabitkan Anwar atas tuduhan meliwat
bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah unit kondominium
Desa Damansara di Bukit Damansara pada 2008.
Beliau dijatuhi
hukuman penjara lima tahun, tetapi mahkamah memberi penangguhan hukuman
sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Persekutuan.
Kerjaya
politik Anwar sebagai wakil rakyat akan berakhir jika Mahkamah
Persekutuan menyokong keputusan Mahkamah Rayuan kerana beliau akan
hilang kelayakan jawatan jika didenda lebih RM2,000 atau penjara lebih
setahun.
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN
KEZALIMAN KERAJAAN BN PIMPINAN NAJIB SEMAKIN TERSERLAH !
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.