SIBU -
Polis hari ini mengesahkan seorang pegawai khas Adun Sarawak ditahan
reman empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes berkaitan
dadah.
Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi
Superintendan Jimmy Panyau berkata, lelaki berusia lingkungan 50-an itu
ditahan berhubung penemuan 400 gram dadah dipercayai syabu yang
disembunyikan di pusat khidmat wakil rakyat berkenaan di sebuah kawasan
persisir pantai di bahagian tengah negeri ini.
Mahkamah mengeluarkan perintah reman
bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah
Berbahaya 1952 atas kesalahan memiliki dan mengambil dadah terlarang.
"Hasil siasatan awal, kami tidak menolak kemungkinan dadah yang ditemui adalah untuk kegunaan suspek sendiri.
“Bagaimanapun, siasatan lanjut sedang
dijalankan bagi mengenal pasti sama ada dia terlibat dalam kegiatan
pengedaran bahan terlarang itu," katanya ketika dihubungi.
Penahanan lelaki itu dibuat dalam
serbuan pada 10 malam oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian
Siasatan Jenayah Narkotik IPD Mukah ke atas pusat khidmat seorang wakil
rakyat tersebut yang terletak 70km dari Mukah berikutan aduan awam
mengenai kegiatan penyalahgunaan dadah. - Bernama
Batu Vs Kayu
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.