Followers

Saturday, January 10, 2015

Kejutan Dari Bukit Aman

 

 

Kejutan Dari Bukit Aman. Ketua polis negara hari ini mengambil contoh kejadian di Paris menyatakan sokongan kepada keputusan kerajaan mengekalkan Akta Hasutan 1948 susulan kenyataan Putrajaya perlunya meningkatkan langkah keselamatan bagi mengelak kejadian serupa berlaku di negara ini.

Tan Sri Khalid Abu Bakar, dalam tweetnya hari ini, meminta rakyat Malaysia mengambil pengajaran dari apa yang berlaku di Paris di mana serangan “a la militant” berlaku di Paris  pada Rabu.

"Ambil lah ikhtibar kejadian di Paris. Itu lah sebab nya kita memerlukan Akta Hasutan dan @PDRMsia tidak akan membiarkan penghasut agama...," katanya menerusi satu postingnya di laman sosial Twitter pagi ini.

Dalam kejadian yang disifatkan Presiden Perancis Francois Hollande sebagai "serangan pengganas" itu, tiga orang bersenjata api dan bertopeng melepaskan tembakan di pejabat Charlie Hebdo sehingga menyebabkan 12 orang terbunuh dan tiga lagi cedera parah.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, insiden seumpama itu tidak boleh diambil mudah dan ancaman itu boleh berlaku di mana-mana negara.

"Apa yang dilakukan di Paris bukan ajaran Islam. Tindakan mereka adalah salah dari sisi agama," katanya.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata semalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini mengambil langkah berjaga-jaga dan meningkatkan tahap keselamatan negara susulan serangan yang berlaku di Paris dan Australia.Kejutan Dari Bukit Aman.

Katanya, biarpun setakat ini tiada sebarang ancaman yang diterima, namun PDRM tetap mengambil langkah memantau aktiviti kumpulan dan individu tertentu di negara ini.

Di Sydney, pada 15 Disember lalu, dua tebusan dan seorang lelaki bersenjata kelahiran Iran terbunuh setelah polis Australia bertindak menyerbu sebuah kafe bagi menamatkan pengepungan lebih 16 jam oleh suspek yang menawan 17 orang sebagai tebusan.

Khalid menerusi akaun Twitternya juga menambah, undang-undang seperti Akta Hasutan berupaya membantu polis membanteras masalah pelampau dari awal.

"Paris attack – Laws like the Sedition Act will surely help @PDRMsia nip the problem in the bud before it escalates. Think bef saying..., (Serangan Paris – Undang-undang seperti Akta Hasutan pasti akan membantu PDRM mengekang masalah ini daripada awal sebelum jadi lebih teruk. Fikir sebelum berkata-kata)," katanya.

Khalid juga mengingatkan rakyat Malaysia supaya tidak membuat kenyataan berunsur fitnah dan menghasut yang akan hanya menyebabkan tindakan boleh diambil terhadap mereka.

"Hati2 lah dalam memperkata kan sesuatu. Jgn 'berkata kata' yg akan mengundang @PDRMsia mengambil tindakan. Berani cakap berani lah tanggung."

Pada November, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga presiden Umno, mengumumkan ketika persidangan agung tahunan parti itu yang undang-undang zaman penjajah itu akan dikekalkan setelah meneliti maklumbalas dari berbagai pihak.

Beliau bagaimanapun memberi jaminan yang perubahan akan dibuat terhadap beberapa peruntukan di bawah akta itu.

Najib mengumumkan rancangan memansuhkan akta itu pada bulan Jun 2012, untuk digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional. Akta Hasutan 1948 setakat ini dipinda lima kali dengan yang terakhir pada tahun 1975.

Kebelakangan ini, terdapat ramai di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat, aktivis sosial dan badan bukan kerajaan menyeru akta itu dimansuhkan memandangkan ramai yang dikenakan undang-undang itu termasuk ahli politik.

Bagaimanapun, rancangan Najib memansuhkan akta itu menerima bantahan pemimpin Umno dan kumpulan sayap kanan Melayu. Kejutan Dari Bukit Aman. ~malaysian insider

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.