Sekali lagi cerita perjalanan saya di Ipoh. Memang banyak juga cerita
Ipoh sebab memang hampir setiap bulan saya akan ke negeri Perak dan
menginap dua atau tiga hari di Ipoh. Biasanya saya akan menginap samada
di Hotel Riverfront ataupun Hotel Ibis. Namun sejak dua menjak ini lebih
kerap duduk di Hotel Ibis.
Hotel Ibis memang agak sempoi. Rekabentuknya menarik ala-ala
scandinavian. Perabut serta hiasan bilik ringkas dan pilihan warna juga
sekata. Hotel Ibis di Ipoh ini memaparkan warna Hijau. Seperti kebanyakn
hotel lain, mereka menekankan menjagaan alam sekitar.
Itu strategi serampang dua mata. Untuk menggalakkan pengguna memikirkan
alam sekitar dan sekali gus membuatkan pengguna mengamalkan gaya hidup
berwaspada dan berjimat cermat. Bila pengguna cermat dan jimat, maka
kesannya akan kembali kepada hotel yang dapat mengurangkan kos operasi
mereka.
Terserempak pelangi dalam perjalanan ke Ipoh
Dah terlalu lama saya tak melihat pelangi yang muncul dari langit dan
menjunam menuju ke bumi. Tak ingat pula bila kali terakhir saya
menyaksikan fenomena alam yang amat indah itu. Tapi dengan izin Tuhan,
dalam perjalanan menuju ke Ipoh, fenomena alam itu dapat saya saksikan.
Ketika sedang bawa kereta di Lebuhraya Utara Selatan, saya nampak
pelangi yang amat terang dan jelas. Saiznya amat besar menjunam turun ke
bumi betul-betul dicelahan bukit bakau yang ada banyak berhampiran
kawasan Perak.
Nak berhenti dengan tidak sama banyak sebab agak bahaya berhenti tak
tentu hala di Lebuhraya tersebut. Tapi semakin lama semakin jelas
kelihatan pelangi itu dan akhirnya saya ke tepi dan hentikan kereta
sambil pasang hazard light.
Hasilnya, itulah gambar yang saya rakamkan. Rupa Pelangi yang jelas
sedang turun ke satu kawasan di celahan bukit. Waktu itu cuaca panas
sederhana. Mungkin ada sedikit hujan berlaku di kawasan di mana pelangi
itu turun, menyebabkan munculnya fenomena tersebut.
Cuma agak sedikit terkilan sebab ketika saya boleh berhenti, warna
pelangi sudah semakin pudar. Berbanding sebelum saya sepmta hentikan
kereta, warnanya jauh lebih jelas dan tebal. Tapi oklah juga dapat
rakamkan untuk dilihat oleh anda semua.
Ada banyak cerita dongeng tentang pelangi ini. Paling terkenal sekali
adalah jangan tunjukkan jari telunjuk anda pada arah elangi jika mahu
khabarkan pada kawan.
Oleh kerana kepercayaan karut itu sudah lama tak
dimainkan dalam kepala, saya secara spontan menudingkan jari pada arah
pelangi ketika memberitahu kawan di sebelah.
Walau apapun, tidak ada apa
mudharat akan berlaku melainkan dengan izin Allah. Itu perlu jadi
pegangan kita tanpa goyang. Insyaallah.
Pekena nasi ganja di Ipoh
Dalam beberapa trip yang lalu ke Ipoh, saya tak makan nasi ganja. Nasi ganja atau juga dipanggil nasi wangge di Ipoh memang dah terkenal.
Kalau
pergi waktu tengahari, terpaksa beratur panjang sebelum dapat menjamah
nasi dengan ayam masak madu dengan seketul telur masin.
Kali ini, kebetulan saya habiskan kerja awal dan lalu ditepi restoran wangge atau restoran nasi ganja itu dalam pukul 4.30 petang. Saya lihat tak ada orang dan makanan masih ada. Apa lagi, terus berikan signal dan berhenti di tepi. Kami semua turun masuk ke rerstoran
Kebetulan rakan-rakan yang lain yang ada bersama ketika itu tak pernah lagi merasakan nasi ganja di Ipoh itu. Maka bolehlah mereka cuba dan berikan pendapat samada ok atau tak ok.
Kali ini, kebetulan saya habiskan kerja awal dan lalu ditepi restoran wangge atau restoran nasi ganja itu dalam pukul 4.30 petang. Saya lihat tak ada orang dan makanan masih ada. Apa lagi, terus berikan signal dan berhenti di tepi. Kami semua turun masuk ke rerstoran
Kebetulan rakan-rakan yang lain yang ada bersama ketika itu tak pernah lagi merasakan nasi ganja di Ipoh itu. Maka bolehlah mereka cuba dan berikan pendapat samada ok atau tak ok.
Restoran dah nak tutup rupanya
tapi kami masih ada peluang makan. Taukeh cina yang jual air minuman di
restoran itu sedang tutup akaun perniagaanya tapi masih benarkan kami
minta minuman.
Kali pertama saya makan nasi ganja dalam keadaan tak berapa lapar. Jadi
rasa lidah ketika itu lebih jelas dan dapat berikan keputusan sebenar
samada sedap atau tidak sedap nasi yang terkenal tersebut.
Apa yang
boleh saya katakan adalah tak berapa sedap sangat. Ala kadar saja kalau
nak dibandingkan dengan keenakan nasi kandar di Pulau Pinang.
Merayau waktu pagi di Ipoh
Satu lagi istimewanya Hotel Ibis adalah kedudukannya ditengah Bandar Ipoh. Jadi kalau nak merayau melihat persekitaran dan suasana Ipoh amat sesuai sekali.
Macam biasa saya akan turun awal pagi dalam pukul 7 untuk
merayau sambil bawa kamera cap ayam yang saya miliki.
Hotel Ibis tak berapa jauh sebenarnya daripada restoran Nasi Ganja. Selepas saya ambil gambar spontan pada seorang warga Ipoh yang sedang uruskan surat khabar pagi untuk diedarkan ke kedai-kedai yang menjadi pelanggannya, saya terserampak pula dengan pekerja di restoran nasi ganja sedang duduk melayan suasana segar di waktu pagi.
Hotel Ibis tak berapa jauh sebenarnya daripada restoran Nasi Ganja. Selepas saya ambil gambar spontan pada seorang warga Ipoh yang sedang uruskan surat khabar pagi untuk diedarkan ke kedai-kedai yang menjadi pelanggannya, saya terserampak pula dengan pekerja di restoran nasi ganja sedang duduk melayan suasana segar di waktu pagi.
Nampaknya dia sporting benarkan saya rakamkan gambarnya. Saya bertanya
samada dia pekerja di situ dan dia anggukkan kepala.
Bila saya halakan
lensa padanya dia kemaskan kedudukan dan buat posing segak untuk saya
paparkan di sini.
Gelandangan di Ipoh
Terus berjalan lagi sambil mata melihat kiri dan kanan semua kedai dan orang ramai yang kelihatan bergegas nak pergi kerja.
Saya nampak dua
orang gelandangan sedang lena tidur dengan nyenyak di satu kawasan yang
mungkin merupakan bangunan lama.
Saya rakamkan gambar mereka seperti di
bawah. Seorang lagi menumpang tidur di tempat yang sama dihujung kepala
orang yang di atas itu.
Mungkin dia gelandangan yang agak istimewa sebab saya lihat kelengkapannya agak mewah berbanding kebanyakan gelandangan yang pernah saya temui di Kotaraya lain.
Mungkin dia gelandangan yang agak istimewa sebab saya lihat kelengkapannya agak mewah berbanding kebanyakan gelandangan yang pernah saya temui di Kotaraya lain.
Biasanya mereka hanya pakai kotak kertas
sebagai selimu, tapi dia ni ada selimut dan ada bantal lagi tu.
Tempatnya agak selesa dan tidak perlu berkongsi dengan ramai lagi
gelandangan lain.
Terfikir juga dalam hati bagaimana rasanya jika saya berada di tempatnya. Tentu saya akan jadi lebih tabah dalam kehidupan.
Apa yang
pasti, saya mesti bersyukur kerana ada tempat tinggal yang sederhana dan
kepunyaan sendiri, walaupun ada baki lagi yang boleh dituntu oleh pihak
bank, moga saya mampu habiskannya, insyaalah dan jadi milik saya
sepenuhnya.
pendapatanda.com |
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.