YAB Lim Guan Eng mendakwa DAP sudah mendapat persetujuan rakan mereka dari PAS sebelum berusaha mengembalikan pilihan raya PBT.
Lim Guan Eng mendakwa DAP sudah mendapat persetujuan rakan mereka dari PAS sebelum berusaha mengembalikan pilihan raya PBT.
Lim Guan Eng hari ini terkejut dengan “interpretasi fakta yang tidak jujur” Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam mengkritik langkah DAP mengadakan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), dan berkata beliau sudah berunding dengan presiden PAS itu mengenainya.
Setiausaha agung DAP itu berkata, beliau menghubungi kedua-dua Hadi dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali sebelum Pulau Pinang memulakan kempen “undi ketiga” dengan membawanya ke mahkamah.
“Saya terkejut kedua-dua pemimpin gagal menyatakan tentang ini dan saya fikir ia tidak jujur,” kata ketua menteri Pulau Pinang itu hari ini.
DAP dan PAS, bersama-sama PKR bergabung dalam Pakatan Rakyat (PR).
Lim berkata beliau sudah menjelaskan niat kerajaan negeri dan menurutnya, pemimpin PAS menjawab Barisan Nasional (BN) yang mengawal kerajaan pusat tidak akan bersetuju namun Pulau Pinang boleh meneruskannya.
“Jadi mereka tidak menentang. Dan ini dibuktikan dengan tiada bantahan pemimpin PAS terhadap kerajaan PR Pulau Pinang mendesak pilihan raya PBT dan semasa kami memfailkannya di mahkamah. Tiada seorang pun yang membantah di media,” katanya.
“Apakah mereka berani mengatakan ini tidak benar? Atau mereka akan meneruskan interpretasi fakta mereka yang tidak jujur?”
Jumaat lalu, Hadi membangkitkan kemungkinan tragedi berdarah 13 Mei berulang kerana niat DAP mengembalikan pilihan raya PBT.
"Kita tidak seharusnya mengusulkan sesuatu yang boleh menjadi cetusan ke arah ketidakstabilan, melebarkan jurang masyarakat desa dan bandar, dan yang paling menakutkan kita ialah ketegangan seperti ini boleh menjadi ‘api dalam sekam’ untuk mengulangi peristiwa 13 Mei yang wajib dianggap titik hitam dalam sejarah negara," kata Hadi.
Pilihan raya PBT diadakan di Pulau Pinang pada tahun 1950-an dan 60-an, tetapi amalan itu digantung melalui akta Parlimen pada 1965 kerana Darurat.
Lim yang akan menjawab kenyataan Hadi dengan lebih lanjut pada sidang media di pejabatnya esok, meminta pemimpin PAS tidak menyamakan pilihan raya PBT dengan hudud. – 25 Januari, 2015.
See more at: http://www.themalaysianinsider.com/
Hadi ‘tidak jujur’, PAS dimaklum pilihan raya PBT, kata Guan Eng

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.