Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata Majlis Peguam tidak sepatutnya hanya mengulas isu politik yang “mengikut zaman”.
Dalam ucapannya kepada para hakim, peguam dan pegawai kehakiman hari ini, Gani berkata tugas utama Majlis Peguam adalah untuk memajukan lagi gagasan keadilan dan kedaulatan undang-undang.
"Dalam saluran ini, ia menjadi lebih tidak wajar lagi bagi sebuah badan profesional perundangan negara, yang ditubuh secara berkanun untuk mengawal selia profesyen guaman, untuk memfokuskan kepada isu politik semasa ketika profesyen itu sendiri hancur lebur,” katanya.
Gani dalam ucapannya di persidangan Legal Year 2015 turut memetik kenyataan bekas peguam negara dan lord chancellor England, Francis Bacon, yang menyatakan bahawa hakim perlu “lebih bijaksana dari pintar, lebih terhormat dari munasabah dan lebih maklum dari yakin”.
Pada pandangan saya, ini terpakai juga dengan setara kepada semua peguam,” katanya.
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.