Lahir di negeri majoriti Buddha, keislaman Suthida pun
menjadi kontroversi di pelbagai media yang ada di Thailand.
Walaupun
orang-orang di sekitarnya merasakan keberatan, namun Suthida sudah
memutuskan untuk masuk Islam. Dia mengatakan keputusan tersebut dibuat
setelah dirinya melakukan perjalanan ke banyak negara guna mencari agama
yang paling sempurna dan dia mendapati Islam.
Seperti dipetik Mi'raj Islamic News Agency (MINA), wanita cantik ini pun bertukar nama jadi Assieh dan mula mendalami agama Islam di sebuah sekolah di Bangkok.
"Saya mula melakukan ibadah lima kali sehari secara
tepat masa dan mula belajar bahasa Arab agar mampu membaca Al-Quran,"
kata artis muda popular itu. Muslim di Thailand Majoriti penduduk
Thailand adalah bangsa Siam, Cina dan sebahagian kecil bangsa Melayu.
Pada masa ini, terdapat kira-kira 7.5 juta orang Islam atau kira-kira
12% daripada jumlah 62.5 juta penduduk Thailand. Umat Islam tertumpu di
wilayah-wilayah selatan di Narathiwat,
Pattani, Yala dan Satun. Islam dikatakan telah diperkenalkan ke Tanah Melayu oleh pedagang Arab dan pengembaraan dalam abad ke-13.
Pattani, Yala dan Satun. Islam dikatakan telah diperkenalkan ke Tanah Melayu oleh pedagang Arab dan pengembaraan dalam abad ke-13.
Kebanyakan
orang Islam Thai adalah keturunan Melayu, mencerminkan warisan bersama
budaya wilayah paling selatan Thailand berkongsi dengan Malaysia.
Menurut Pejabat Perangkaan Nasional Thailand pada tahun 2007, negara ini
mempunyai 3,494 masjid dengan jumlah terbesar (636) di Wilayah Pattani.
HARAKAHDAILY
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.