DALAM diam-diam Anwar berkunjung ke Pahang dua hari lepas selepas
berkunjung ke Kelantan baru-baru ini bagi melawat mangsa-mangsa banjir.
Anwar bukan PM, Anwar juga bukan MB tetapi Anwar adalah Ketua
Pembangkang Malaysia yang kehadirannya tentunya banyak memberi makna
kepada mangsa-mangsa banjir.
Kecuh satu dunia kononnya Anwar sengaja tidak mahu turun menemui mangsa-mangsa banjir sebaliknya berseronok bercuti di luar negara. Sedangkan semua tahu, semenjak bila tiap kali banjir di mana-mana negeri Anwar pasti turun? Tidak pernah. Kali ini mereka bertanya. Peliknya, sewaktu Anwar tidak menjadi musuh mereka, tidak hairan pun jika Anwar tidak turun menemui mangsa-mangsa banjir kerana mereka faham peranan Anwar di dalam membantu mereka walaupun tidak turun ke bawah. Apa yang penting waktu itu, apa peranan Anwar dan apa yang parti buat untuk membantu mereka. Berbeza kali ini, sebelum banjir mereka kutuk dan hina Anwar dengan berbagai kata nista dan cemuhan. Bukan saja musuh yang dikenali, bahkan penyokong sendiri pun tidak kurangnya menghina Anwar. Bagi mereka Anwar tidak lagi berguna dan ada yang mahu Anwar masuk penjara selepas ini. Betapa busuknya hati mereka apabila kehendak dan keinginan mereka gagal dicapai dan Anwar mereka anggap penghalang cita-cita mereka. Maka, Anwar saban hari mereka hina. PR akan tetap utuh tanpa Anwar, kata mereka. Peliknya, berlaku bencana banjir besar di Pantai Timur terutamanya di lubuk puak-puak ini. Siapa yang mereka sebut? Anwar. Di mana Anwar, jerit mereka. Meskipun diuji dengan bencana besar yang boleh dikatakan hampir menenggelamkan negeri mereka, sedikitpun mereka tidak insaf. Mereka masih mahu memperlekehkan Anwar. Mereka bukan mahu sangat Anwar turun ke negeri mereka untuk memberi apa jua bantuan, tetapi mereka hanya bertanya di mana Anwar adalah kerana ingin memburukkan nama Anwar agar semua tahu Anwar insan yang tidak berguna. Anwar tidak pedulikan rakyat. Itu yang mereka mahu canangkan walaupun di dalam keadaan rumah mereka pun hampir tenggelam di dalam banjir. Anwar akhirnya turun juga walaupun semua tahu di dalam keadaan Anwar bukan seperti zaman beliau menjadi TPM yang boleh meredah air, bukit bukau dan lumpur paya. Anwar sekarang mahu menaiki dan menuruni tangga pun tidak segagah dulu. Tapi Anwar turun juga kerana dia tahu tidak semua orang membencinya. Dia tahu masih ramai yang mahu bersamanya dan ingin melihatnya. Kelantan menjadi negeri pertama yang dikunjungi Anwar selepas beliau kembali dari luar negara. Kelantan satu-satunya negeri paling teruk dilanda banjir. Alhamdulillah, Anwar disambut oleh Husam Musa dan beliau turut berkesempatan bertemu Tok guru Nik aziz, mantan MB Kelantan yang juga idolanya sejak muda. Tanpa disambut oleh MB Kelantan atau Timbalan MB mahupun para Exco Kelantan, Anwar terus bertemu mangsa-mangsa banjir dan diberikan taklimat oleh Panglima Tentera 8 Briged. Sebelum Anwar tiba ke Kelantan, Anwar selaku Penasihat Ekonomi Selangor telah berbincang dengan MB Selangor. YAB Azmin Ali agar Kelantan dibantu dari segi kewangan. Kerajaan Selangor telah meluluskan RM 1 Juta kepada Kelantan dan RM 100 Ribu kepada negeri-negeri lain yang dilanda musibah banjir kali ini. Anwar juga telah mendesak agar Kerajaan Pusat segera memberikan bantuan kepada negeri-negeri terlibat. Itu lah peranan Anwar biar apa pun mereka gelar Anwar. Anwar bukan tidak biasa dihina malahan pernah dizalimi lebih hebat dari itu. Dihina oleh musuh politik itu biasa. Dihina oleh rakan politik juga menjadi pengalaman buat pejuang ini. Sedikit pun imej Anwar tidak terjejas, sebaliknya kumpulan yang menghina beliau kini nampak semakin terhina dan terpinggir. Aku tidak pernah bersedih bila Anwar dikecam dan dizalimi musuh politiknya sejak berpuluh tahun. Malahan aku menjadi bertambah semangat dan geram untuk melawan rejim bangsat itu. Namun, sedikit terguris dan sedih bila melihat Anwar dihina dan dikecam oleh rakan-rakan sendiri. Mereka anggap Anwar sedikit pun tidak berjasa ke atas perjuangan mereka. Maklumlah mereka golongan mulia dan terpilih untuk ke syurga, Anwar siapa? Alhamdulillah, semangat aku tidak pernah luntur untuk bersama Anwar kerana aku tahu tidak majoriti di dalam puak itu yang benci kepada Anwar melainkan mereka yang masih ada perasaan kasih sayang dan cinta kepada Umno. InsyaAllah, aku akan menulis pula tentang kunjungan Anwar ke Pahang dan apa hikmahnya selepas ini. Dicatat oleh WFAUZDIN NS |
Followers
Saturday, January 10, 2015
ANWAR KE KELANTAN MENABUR BAKTI, WALAUPUN DIKECAM DAN DI MAKI HAMUN...!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.