Followers

Tuesday, December 30, 2014

Berita Mengejutkan Di Sebalik Kehilangan Pesawat Air Asia QZ8501

 
Pesawat malang QZ8501 dikhuatiri melalui awan ribut (kumulus nimbus), dipercayai selepas permohonannya untuk mengubah laluan lewat mendapat maklum balas daripada pengawal trafik udara di Jakarta.

Perkara itu dipercayai berlaku memandangkan lokasi terakhir laluan pesawat QZ8501 itu adalah laluan penerbangan yang sibuk umpama Lebuh Raya Utara-Selatan.

Disebabkan kesibukan itu, pengawal trafik udara di Jakarta didakwa kerap kali memberi maklum balas yang agak lambat kepada pesawat.

Seorang juruterbang tempatan yang kerap menggunakan laluan itu khuatir, kelewatan menerima maklum balas tersebut menyebabkan juruterbang berkenaan melalui awan tersebut.

Awan ribut yang dikesan berwarna merah dalam radar penerbangan memang bahaya dan perlu dielakkan.

Dalam radar penerbangan, terdapat tiga jenis awan iaitu hijau yang bermaksud awan bergoncang, awan bergelombang (kuning) dan merah (awan ribut).

"Pada kebiasaannya juruterbang tidak akan mengambil risiko untuk melalui awan ribut. Kalau ada yang berani memang dia gila.

"Juruterbang yang melihat awan merah ini sedaya upaya akan mengelak, kalau kita sudah rasa tidak selesa, apatah lagi pesawat dan penumpang," katanya kepada MalaysiaGazette.

Pesawat QZ8501 yang membawa 162 penumpang termasuk anak kapal itu dikesan hilang dari radar pada pukul 7.24 pagi semalam ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura.

Jelas juruterbang itu, seandainya jangkaan itu benar-benar berlaku bermakna pesawat malang tersebut mungkin berhadapan dengan dua situasi.

Jika pesawat itu melalui awan ribut kemungkinan besar tekanan udara boleh menarik terbang lebih tinggi ke tahap siling antara 35,000 kaki atau 40,000 kaki - gelombang lagi kuat sebelum terjunam.

Tekanan yang kuat daripada awan ribut itu juga boleh mengakibatkan pesawat turun tetapi impaknya adalah kurang berbanding senario pertama.

Bagaimanapun, katanya, jika pesawat berkenaan melalui juga awan ribut itu, juruterbang perlu mematuhi prosedur-prosedur lain termasuk had kelajuan.

"Apapun selalunya juruterbang memang akan elak melalui awan ribut," jelasnya.

Mengulas mengenai kehilangan pesawat QZ8501 itu, juruterbang berkenaan berkata, walaupun dalam apa sekali keadaan, juruterbang tidak boleh menyimpang laluan pesawat sesuka hati hingga mendapat kebenaran menara kawalan udara kerana dikhuatir berlanggar dengan pesawat lain, apatah lagi lokasi tersebut memang sibuk.

"Laluan yang dilalui oleh pesawat QZ8501 itu sibuk kerana ia menjadi laluan ke Australia, Indonesia, Singapura dan Timur Tengah.

"Kalau mengubah laluan sesuka hati lagi bahaya, mungkin menganggu laluan pesawat lain," tambahnya.

Menurut beliau, jika pesawat itu sahih terjunam, pesawat berkenaan tidak mungkin memerlukan masa yang lama untuk ditemui - kemungkinan besar serpihan atau bangkainya boleh dikesan esok. ~malaysia gazzette

Addin.
Tuesday, December 30, 2014 Dr Mujahit dari Parit Buntar ke Bota Kiri , Parit Alhamdulillah, aku sempat bersama dengan wakil Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yussuf Rawa dan Presiden PasMa Perak, Saudara Mohamad Saad (EMKAY) pergi ke Bota Kiri hari ini. Aku sempat meninjau sebentar tempat lama aku ngajo dulu - Bota Kanan. Ada aku rakamkan gambornya.... Stadium Mini Bota dah rupa kolam mancing weh! Ada ikan ke Chor? Ada Yob! kata budak situ. Sekolah anak aku yang sulong, 30 tahun lalu.... Di sepanjang perjalanan hala ke Teluk Bakong, air melimpah deras atas jalan raya.Kita orang main randuk sajalah... Unit Amal yang lead perjalanan kami menuju ke Kampung Kucai Tengah untuk singgah di Markas PAS Parit Cawangan Kucai. Kami diberikan sedikat taklimat mengenai banjir yang berlaku di situ oleh Ketua Cawangan, Saudara Baru Razi. Menurutnya, mangsa yang terlibat paling ramai adalah di Bota Kiri. Lebih kurang seribu keluarga terlibat, katanya. Kami telah dibawa ke Sek Keb Bakong, Lambor Kanan, yang merupakan salah satu penempatan mangsa banjir di situ. Terdapat 74 keluarga ditempatkan disana. Khidmat kesihatan turut ditempatkan disitu. Aku tengok kereta ambulan dari Tanjung Malim ada di situ. Tiada kuasa elektrik, mujurlah Tenaga Nasional telah menyediakan dan menyelia kuasa generator bergerak diluar pagar sekolah (gambar atas). Bayangkanlah kalau itu tidak ada.... Mereka nampaknya memasak sendiri dan makan di ruang luar kantin sekolah.Sempat juga aku menjengok dapur mereka (gambor bawah). Sepanjang perjalanan itu, kami turut mengagih-agihkan sedikit keperluan kepada mangsa banjir di sana tanpa mengira fahaman politik. Selepas memberi sumbangan saperti gambar atas ni dan Mujahid pun menuju kereta, saya pun bertanya kepada wanita Umno yang menerima tu, " Mengkomer keney ker siapa yang bagi tu?" "Tak! " jawabnya ringkas sambil menoleh ke arah Dr Mujahid. "Itulah Ahli Parlimen Parit Buntor" balas saya. "Oooh....iya ker?" Dia tersipu-sipu senyum tanda suka. Dr Mujahid sempat bergambo dengan beberapa golongan remaja tempatan. Melihat keadaan air dan cuaca yang tidak menentu sekarang ni, aku rasa lama lagi air banjir ini untuk surut dan kembali ke asal.Mungkin sekurang-kurangnya seminggu lagi. Menurut penjelasan tadi, air mula naik malam Khamis lepas. Maknanya dah seminggu daerah mereka ini ditenggelami ayor...mujurlah kerajaan umumkan sekolah cuti ditambah seminggu lagi....macam ini pun masih dalam kawalan? Apa kata kalau seminggu lagi tak surut?.... Sewaktu taklimat tadi, Dato Mujahid ada berjanji akan datang semula ke tempat itu untuk membawa sedikit bantuan sebenar. Kedatangannya kali dengan sedikit sumbangan adalah sebagai lawatan meninjau sahaja, katanya. Dalam kereta sebentar tadi, Mujahid ada memaklumkan, melalui NGO Mutiara Infaq Malaysia, dia telah dapat mengumpulkan bantuan sehingga dua treller untuk diagih-agihkan sedikit masa nanti. Kawasan Bota Kiri ini akan dimasukan dalam list agihan tersebut nanti. Alhamdulillah, semoga Allah memberkati usaha sedikit yang telah Dato Mujahid usahakan ini..... Vest yang aku pakai ni.....tengoklah, kata Mujahid kepada kami sambil memperagakan vest yang dipakainya, ada bertulis : MUTIARA INFAQ MALAYSIA. Sepatutnya Dr Mujahid kena pakai vest macam bawah ni, baru depa tak gelar dia Jebon!

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.