Followers

Monday, November 3, 2014

Tak sanggup berpisah lagi – Iman Anwar - Oleh Lyn Nasir

PUTRAJAYA 3 NOV: Nurul Iman Anwar menyatakan beliau sebagai anak pastinya tidak sanggup kehilangan bapanya sekali lagi selepas terpisah sejak berumur enam tahun lagi.


iman2

Katanya, hukuman penjara yang dikenakan ke atas bapanya sebelum ini selama enam tahun sejak 1998 jelas merupakan penderitaan yang terpaksa ditelan oleh keluarganya hanya kerana menjadi mangsa kezaliman Umno BN.


Namun jelasnya lagi, beliau serta keluarga bagaimanapun akan menyerahkan segala kuasa di tangan Allah untuk menentukan nasib yang akan diputuskan Mahkamah Persekutuan tidak lama lagi terhadap Anwar berhubung kes Fitnah 2.





“Saya dah tua untuk rasa kehilangan bapa sekali lagi sejak saya berumur lapan tahun lagi.

“Tapi saya percaya dengan kuasa Allah, Dia akan memberi kekuatan kepada kami dan akan selamatkan ayah saya,” katanya lagi,” katanya ringkas melalui WhatsApp kepada Suara Keadilan.


Fitnah I bermula sejak 1998 menyaksikan pentadbiran Mahathir memenjarakan Anwar sebelum dibebaskan pada 2004.
Skrip sama berulang pada 2008 apabila Anwar sekali lagi difitnah terlibat dalam skandal bersama Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantunya.


Dalam kes fitnah 2 kali ini, Iman yang hadir setiap hari bagi mengikuti perkembangan kes tersebut mendapati hujah yang diberikan ternyata menyebelahi pihak bapanya.


Namun jelasnya, beliau tetap berasa bimbang sekiranya sistem kehakiman tidak berlaku adil kepada bapanya.


“Setakat ini bukti-bukti semua nampaknya lebih kuat di sebelah ayah saya, tidak ada masalah di situ.


“Tapi saya risau jika sistem kehakiman tidak berlaku adil terhadapnya,” jelasnya lagi.
 
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=63821

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.