Followers

Monday, November 3, 2014

Penyokong Anwar lenggang, Penyokong Saiful cetus provokasi..

 
Menjelang hari kelima rayuan kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim, perkarangan Istana Kehakiman di Putrajaya lengang setakat jam 8.30 pagi ini.

Beberapa penyokong Anwar dilihat berbual dalam kumpulan kecil, menunggu di perhentian bas dan beberapa orang lagi sedang bersarapan di seberang Istana Kehakiman.

Polis juga kelihatan tenang bersantai di perkarangan mahkamah dan berbual sesama sendiri selepas menikmati sarapan awal pagi tadi.

Kelibat penyokong pihak pengadu, Saiful Bukhari Azlan masih belum kelihatan pada pagi ini walaupun dikatakan jumlah mereka yang hadir mencecah 50 orang pada Jumaat.

Penyokong Anwar yang hadir setakat ini tidak lebih 20 orang dan ada yang mengambil peluang menghabiskan masa dengan berbual bersama wartawan.

Bagaimanapun pada sekitar jam 10.30 pagi The Malaysian Insider melaporkan..

Kira-kira 30 penyokong Mohd Saiful Bukhari Azlan mencetuskan provokasi kepada penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhimpun di depan Istana Kehakiman, Putrajaya, hari ini.  
Penyokong Saiful yang memakai baju merah menggunakan pembesar suara melaungkan "Hukum Anwar, Hukum Peliwat".  
Provokasi kecil itu berlaku kira-kira 10 minit namun berjaya dileraikan pihak polis yang meminta penyokong Saiful kembali ke kawasan mereka.  
Sementara itu, kira-kira 50 penyokong Anwar selesai membaca surah Yasin secara berjemaah mengambil berkat sempena hari Asyura (10 Muharam) hari ini, memohon agar ketua pembangkang itu berjaya dalam permohonan rayuannya.  
Beberapa pemimpin PKR turut serta dalam acara itu termasuk Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani dan Pemgerusi Biro Kepenggunaan PKR Yahya Sahri


The Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.