Datuk Seri Anwar Ibrahim
mendakwa peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mempolitikkan
rayuan kes liwatnya dengan matlamat untuk menjadi bakal peguam negara.
Ketika menyampaikan hujahan penggulungan bagi pihak pendakwaan hari ini,
Shafee di hadapan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan berkata
hubungan seksual di antara Mohd Saiful Bukhari Azlan dan Anwar berlangsung sebelum 26 Jun, 2008, tarikh di mana Anwar didakwa meliwat Saiful.
Ketika perbicaraan, Mahkamah Tinggi memerintahkan semua bukti dibuang
kecuali yang berkaitan dengan pertuduhan.Tetapi hari ini, Shafee mohon
penemuan sebelum ini diterima oleh Mahkamah Persekutuan.
Shafee juga memberitahu panel hakim pakar kimia kerajaan membangunkan
profil DNA tertuduh daripada botol air mineral, tuala dan berus gigi
yang diambil daripada Anwar yang bermalam di lokap balai polis Kuala
Lumpur.
Timbalan pendakwa raya ad-hoc yang diambil kerajaan hanya untuk kes itu
berkata, DNA berkenaan ada kaitan dengan ‘Lelaki Y’ yang diambil
daripada sampel rektum Saiful.Ini membuktikan kes pendakwaan iaitu
berlaku penetrasi dan liwat, hujah Shafee.
Di luar kamar mahkamah, Anwar berkata DNA adalah “sains dan bukan
politik”.“Ia tidak patut digunakan untuk mencantikkan kes ini dan guna
ia sebagai helah politik. Ia tidak akan berjaya,” katanya.
Anwar, yang juga mendapatkan khidmat bekas hakim Mahkamah Persekutuan yang sudah bersara Datuk Seri Gopal Sr Ram sebagai ketua peguam belanya berkata, pasukan pembelaan akan membuktikan fakta yang dibangkitkan Shafee tidak benar.
Katanya, panel lima hakim berkenaan sangat teliti dan sabar, tidak
seperti panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang tergesa-gesa ketika
mengendalikan kes itu.Mahkamah Persekutuan pada awalnya menetapkan 28
dan 29 Oktober untuk mendengar rayuan ahli Parlimen Permatang Pauh itu,
tetapi prosiding itu dilanjutkan hingga esok berikutan hujahan
penggulungan yang panjang.
Anwar dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 2012 dengan alasan bukti DNA
yang lemah, tetapi Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan itu dan
menghukum ahli politik itu dengan 5 tahun penjara.
Shafee berkata, beliau melengkapkan 65% daripada hujahannya dan
menjangka dapat menyelesaikan tugasannya tengah hari esok.Beliau
mengakhiri penggulungannya pagi ini dengan menolak saksi pembelaan,
bekas doktor Hospital Pusrawi Dr Mohd Osman Abdul, individu pertama
memeriksa Saiful selepas dakwaan liwat itu.
Dr Osman dalam keterangannya berkata beliau tidak menemui bukti serangan
seksual terhadap Saiful berdasarkan kepada pemerhatian klinikal.Pihak
pembelaan berhujah rantaian bukti dalam kes itu rosan apabila pendakwaan
gagal meletakkan Dr Osman sebagai saksi pendakwaan.
Tetapi Shafee berkata, Dr Osman tidak bercakap benar.“Kami sudah
membuktikan beliau menipu dan saya mengulanginya sekali lagi,”
katanya.Pihak pembelaan dijangka menghabiskan sepanjang petang esok
untuk mematahkan hujah pendakwaan.~malaysian insider
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.