Followers

Sunday, November 30, 2014

Najib tidak mansuh Akta Hasutan, kerana ‘chauvinis’ undi pembangkang ?? OLEH HASBULLAH AWANG CHIK


 Pengumuman Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berhubung Akta Hasutan 1948 dikekalkan ketika menyampaikan ucapan dasarnya mencetuskan reaksi bantahan daripada pembangkang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 November, 2014.Pengumuman Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berhubung Akta Hasutan 1948 dikekalkan ketika menyampaikan ucapan dasarnya mencetuskan reaksi bantahan daripada pembangkang.

Pengumuman Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berhubung Akta Hasutan 1948 dikekalkan ketika menyampaikan ucapan dasarnya mencetuskan reaksi bantahan daripada pembangkang.

Datuk Seri Najib Razak tidak pernah berjanji untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 sebaliknya akan mengkaji akta berkenaan jika mendapatkan undi kumpulan tertentu, kata perwakilan Umno Kedah Mohd Kamal Saidin.

Kamal berkata, kumpulan yang menolak Barisan Nasional (BN) itu adalah mereka yang menyokong parti pembangkang dan golongan pelampau yang menyokong gerakan perkauman.

“Pembangkang seluruh negara membangkitkan kononnya presiden mungkir janji mengatakan Akta Hasutan dimansuhkan. Bukan presiden berjanji Akta Hasutan dimansuhkan tetapi sekadar berjanji untuk diteliti tetapi dengan syarat.

“Presiden tidak pernah berjanji Akta Hasutan dimansuhkan sebaliknya minta syarat kalau mereka beri sokongan, keyakinan dan kemenangan BN, kalau Umno menerajui kerajaan, kita akan kaji.

“Siapa yang tak beri undi kepada BN? Siapa yang mungkir janji? Mereka yang mungkiri janji. Mereka siapa? Kaum chauvinis, pelampau perkauman, anti Islam, pembangkang Melayu yang sekongkol dengan pengkhianat negara," katanya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur hari ini.

Najib, menerusi program transformasi kerajaan, berjanji untuk memansuhkan Akta Hasutan pada 2012 walaupun pimpinan Umno dan menteri Kabinet berhasrat untuk mengekalkan akta berkenaan.

Kerajaan juga kini sedang dalam perancangan menggubal Akta Keharmonian Nasional bagi menggantikan Akta Hasutan yang dikelolakan Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional.

Bagaimanapun, Najib semasa ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Umno berkata Akta Hasutan tidak akan dimansuhkan sebaliknya akan diperkuatkan dengan dua elemen tambahan bagi mengukuhkan akta berkenaan. 


http://www.themalaysianinsider.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.