Bekas Menteri Kewangan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah ( gambar ) menyeru Putrajaya
menangguhkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kerana
bimbang dengan prospek ekonomi negara.
Ahli Parlimen Gua Musang itu yang dikenali sebagai Ku
Li berkata, kerajaan memekakkan telinga dan enggan mendengar rintihan
rakyat.
"Hampir setiap tahun bajet yang dibentangkan seperti meminggirkan masalah rakyat.
"Terlalu banyak kritikan di Parlimen dan orang awam, juga di sosial
media tetapi pemimpin kerajaan tidak mendengar langsung punca keretakan
ekonomi dengan mengambil sikap tidak ambil peduli," katanya dalam surat
yang diedarkan kepada semua ahli Parlimen hari ini.
Ku Li berkata demikian dalam surat setebal 6 mukasurat mengenai Bajet
2015 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diedarkan
kepada semua ahli Parlimen di Parlimen hari ini.
Surat itu berkata, kerajaan perlu bersikap sensitif terhadap faktor lain
yang boleh membawa kepada kejatuhan ekonomi termasuk undang-undang
seperti Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Universiti Kolej Universiti
(Auku).
Ku Li berkata, kerajaan perlu memikirkan untuk menangguhkan GST ke masa di mana ekonomi negara lebih stabil dan kukuh.
"Dan jika ia perlu dilaksanakan, kadarnya juga harus dilihat semula," katanya.
Putrajaya sebelum ini mengumumkan cukai GST sebanyak 6% dan akan
berkuatkuasa pada 1 April tahun depan dan langkah itu dikatakan perlu
untuk mengurangkan defisit negara.
Bagaimanapun, ia mendapat kecaman orang ramai dan pemimpin pembangkang
yang mengatakan cukai ini membebankan golongan berpendapatan rendah dan
sederhana.
Benarkah, kata-kata PM ini? berfikirlah untuk kebenarannya
Ku Li juga mencadangkan supaya setiap agensi kementerian dan kerajaan
dilengkapi dengan pegawai daripada Ketua Audit Negara untuk mengekang
pembaziran, ketirisan dan salah urus yang dibangkitkan dalam Laporan
Ketua Audit Negara.
"Dengan pendedahan Ketua Audit Negara mengenai pembaziran, perbelanjaan
berlebihan, kerugian tidak bertanggung jawab, salah urus dan rasuah
mutlak, kita sebagai rakyat dan pembayar cukai, harus dimaafkan jika
kita menunjukkan kemarahan kita terhadap masalah ini.
"Kita seharusnya berjaya dalam menguruskannya dan dengan itu, dapat mengurangkan bajet mengurus yang melonjak naik," katanya.
Sambil melahirkan rasa takutnya terhadap ekonomi yang semakin memburuk
di negara ini, ahli Parlimen Umno itu berkata reformasi ekonomi drastik
diperlukan bagi mengelakkan krisis yang boleh membawa negara ini ke
dalam kekacauan.
"Rakyat memerlukan perubahan berani yang perlu dibawa pemimpin yang peka
terhadap kehendak dan perasaan rakyat. Kita harus mengambil berat
tentang kebimbangan dan aspirasi mereka.
"Kenyataannya adalah, mereka perlu perubahan sekarang. Jika tidak,
negara ini akan gagal. Ingat, kita bertanggungjawab tentang hal ini
untuk generasi akan datang," katanya lapor The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.