Followers

Sunday, November 2, 2014

Boyan Hodak Geram Dan Kecewa


Ketua Jurulatih JDT, Bojan Hodak memujuk kapten pasukan, Safiq Rahim selepas JDT tewas kepada Pahang pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini. - Foto Hasriyasyah Sabudin

KUALA LUMPUR: Jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Bojan Hodak akur kekalahan di pentas final kepada Pahang, namun tetap menyalahkan anak buahnya gagal menyempurnakan peluang terhidang.

JDT tumbang menerusi penentuan penalti 5-3 kepada Pahang selepas perlawanan berakhir 2-2 pada masa sebenar dan berlanjutan hingga masa tambahan.

Lebih mengecewakan, JDT beraksi dengan kelebihan seorang pemain ketika masa permainan berbaki 30 minit sebelum bersambung ke masa tambahan selepas pemain Pahang, Mohd Saiful Nizam dikenakan kad merah.

"Memang kecewa dengan kekalahan seperti ini kerana pemain tidak memanfaat sepenuhnya peluang yang kami miliki.

"Kami jelas menguasai permainan, bermain lebih baik, berhak menang kerana memiliki dua peluang yang mengenai tiang sepanjang perlawanan.

"Selain itu, Pahang juga boleh dianggap bernasib baik kerana menang dengan penentuan gol," kata Hodak yang turut mengkritik keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil yang dianggap cantik sekadar di mata.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.