Followers

Thursday, July 24, 2014

Polis Perak Menafikan Dakwaan Ada Pergaduhan Kaum !!

Photo: Panas ..! Pergaduhan kaum diIpoh?!
 
ISU PANAS 

Polis Perak hari ini menafikan dakwaan berlaku pergaduhan antara kaum yang kononnya terjadi di Buntong di Ipoh seperti disebarkan media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Perak Datuk Datuk Acryl Sani Abdullah Sani menegaskan tiada kejadian seumpama itu berlaku dan pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian tersebut.

"Keadaan bandar raya Ipoh adalah aman dan terkawal. Kehidupan masyarakat berjalan seperti biasa dan orang awam tidak perlu bimbang untuk keluar menjalankan aktiviti di sekitar bandar raya ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang penyebaran maklumat yang tidak sahih kerana ia boleh menggugat ketenteraman awam.

Tindakan menyebarkan maklumat palsu boleh didakwa mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum denda RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

- BernamaPanas ..! Pergaduhan kaum diIpoh?!

- Bernama
 
No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.