Followers

Saturday, June 21, 2014

Belum Lagi Berkuasa Di Putrajaya - Dah Perangai Macam "SYAITAN"

(7 FOTO) PEMILIHAN SEMULA KEADILAN 2014 CABANG KUALA LANGAT TERCEMAR DENGAN SEORANG PENYOKONG TAN SRI KHALID CEDERA TERUK DISERANG LEBIH KURANG 20 LELAKI 5 MINIT SEBELUM PENGUNDIAN DITUTUP!!!!!!


Omak Kau terkejut apabila dimaklumkan dengan beberapa gambar kejadian Pemilihan Semula KeADILan 2014 di Cabang Kuala Langat hari ini dimana jam lebih kurang 6.55 petang iaitu 5 minit sebelum pengundian ditutup seorang penyokong kuat Dato' Menteri Besar Selangor YAB Tan Sri Khalid Ibrahim yang dikenali sebagai Abang Zainol ketika sedang menikmati makanan dan minuman sambil menunggu pengundian ditutup, tiba-tiba datang lebih kurang 20 lelaki tanpa banyak bicara dan soal jawab terus menyerang dan memukul beliau.

Kejadian berlaku dengan begitu pantas sekali sehingga tidak berjaya dirakam .. selepas memukul Abang Zainol mereka dengan pantas lari meninggalkan tempat tersebut.

Akibat dari serangan itu, Abang Zainol mendapat luka parah di bahagian kepala dipercayai dipukul dengan objek keras.

Beliau kini sedang menerima rawatan di Hospital Daerah Banting, Selangor yang diringi oleh Ketua KeADILan Cabang Kapar, Sdr Azizi Ayob .. Suatu laporan polis akan dibuat.

Apa yang menghairankan Omak Kau ialah sikap sebegini bukannya budaya dari parti yang dibina dari darah, keringat dan air mata rakyat sampai menyerang lawan dalam pemilihan yang tidak sealiran sehingga mengalirkan darah.

Sebelum ini difahamkan Pemilihan Cabang Kuala Langat dibatalkan atas insiden budaya samseng juga.

Kalau ditanya akal logik .. sudah pasti yang menyerang itu kumpulan yang tidak menyokong TSKI.

Apa-apa pun anggota parti perlu bertenang dengan menyerahkan kebijaksanaan JPP untuk menjalankan siasatan sambil pihak polis menjalankan tugas mereka.

Omak Kau cukup yakin gelagat dan perangai samseng ini tidak akan diselindungi oleh pucuk tertinggi KeADILan... Siapa yang bersalah tidak kira siapa dia akan diambil tindakan waima seorang Ahli Parlimen sekali pun jika terbukti terlibat mengarah serangan itu.



Omak Kau !!!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.