Followers

Saturday, June 21, 2014

Anwar Mahu Pemimpin Umno Yang Taja Papagomo Langsaikan Kes Tersebut

 
 

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan melayan permohonan pengendali blog Papa Gomo yang mahu membayar ganti rugi secara ansuran sebanyak RM100 sebulan.


Enggan mengulas lanjut, Anwar sebaliknya meminta Umno sendiri yang menyelesaikan masalah itu.

"Jangan tanya saya, tanya pemimpin Umno yang taja dia," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah Asian Renaissance di Puchong, hari ini.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam menolak permohonan Wan Muhammad Azri Wan Deris menangguhkan bayaran ganti rugi sebanyak RM800,000.

"Saya cuba mohon dengan mahkamah untuk bayar RM100‎ sebulan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana sekarang hanya bekerja sebagai nelayan," katanya dipetik laporan media semalam.

Wan Muhammad Azri turut mengaku sudah menjual saham miliknya di KL POS Media & Production Sdn Bhd. – tmi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.