Anwar bebankan pengundi - Shafie Apdal.
TEMERLOH - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mampu membawa perubahan positif, sebaliknya hanya akan membebankan pengundi di Kajang sekiranya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, berdasarkan situasi dan prestasi semasa, pemimpin pembangkang itu terbukti gagal melakukan perubahan, sekali gus tidak akan memberi manfaat kepada masyarakat setempat.
"Beliau sudah menjadi penasihat, perubahan apa yang dapat buat kalau tidak mampu menasihatkan kepimpinan yang ada sedangkan beliau Ketua Umum parti itu dan Penasihat kerajaan negeri Selangor. Apa lagi yang beliau boleh lakukan?
"Yang rakyat kena tanya bila Anwar datang, apa awak boleh buat untuk kami? Selama memerintah Selangor apa awak telah buat di Selangor," katanya dalam Majlis Pelancaran Kempen Penorehan Peringkat Kebangsaan di Kampung Purun/Machang Manis, di sini hari ini.
Yang turut hadir, timbalan beliau, Datuk Alexander Nanta Linggi; Pengerusi Jawatankuasa Pembangu nan Luar Bandar, Pertanian dan In dustri Asas Tani negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif; Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said, Timbalan Ketua Setiausaha KKLW, Datuk Ahmad Zubir Abdul Ghani dan Ketua Pengarah RISDA, Datuk Wan Mohamad Zuki Mohamad.
Menurut Mohd. Shafie, selain gagal mentadbir dengan baik, pemimpin pembangkang itu juga gagal mengotakan pelbagai janji yang dibuat kepada rakyat pada pilihan raya umum lalu.
Katanya, ini dapat dilihat apabila pelbagai kesukaran dan tekanan diterima rakyat Selangor seperti peningkatan kadar sewa premis perniagaan dan masalah bekalan air yang dihadapi penduduk. -Utusan
Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com./

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.