Jika Hukum Islam dilaksanakan, tukang sebat akan lenguh sebab ramai macai nak kena tibainya..!!!
1) Apabila ada sahaja pilihanraya umu, atau pilihanraya kecil, atau apa
sahaja melibatkan Anwar Ibrahim secara langsung, watak-watak kambing
laga akan muncul, mengomen, menghentam, mecerca dan memki Anwar Ibrahim.
2) PRK Kajang dengan pengumuman Anwar Ibrahim untuk menjadi calon,
rakyat sudah dapat menjangka serangan Umno/BN terhadapnya melalui media
perdana khususnya. Watak-watak kambing laga yg akan muncul di kaca TV
sudah dapat diagak oleh rakyat Malaysia.
3) Baru-baru ini Hassan Ali sudah muncol dengan 21 dalil menolak Anwar
Ibrahim menjadi MB Selangor. Tidak dinafikan, seterusnya nama-nama
seperti Zulkifli Nordin, Ezam, Hassan Basri, Hassan Ali, Hafiz Nordin,
Asyraf Wajdi, Ismail Mina, Sidek Baba, Nallakarupan dan ramai lagi akan
muncul menjelang PRK Kajang.
4) Pelbagai fitnah, cacian, tuduhan, analisis bodoh, semuanya bertujuan
menjatuhkan maruah dan kredibiliti Anwar Ibrahim. Segenap penjuru
makhluk bernama Anwar Ibrahim diserang. daripada agen Amerika, sehingga
menjadi agen yakuza jepun. Daripada isu video seks sehingga isu liwat.
Semua isu itu diulang-siar beratus-kali - dengan tujuan rakyat akan
membenci Anwar Ibrahim.
5) Abaikan semua isu lain. Saya mahu rujuk kpd isu liwat, dan saya mahu
fokus kepada dua tiga ekor kambing laga yang memainkan isu liwat/seks
secara langsung atau secara sindiran. Saya tak kisah sangat kalau
Nallakarupan yang main isu seks dan liwat. tetapi yang memainkan isu
seks/liwat untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim adalah dua tiga orang yang
bertitle Ustaz.
6) Hassan Basri dalam video ceramahnya yg boleh didapati dalam laman
Youtube, terang-terang menuduh Anwar sebagai homoseksual, pengamal
liwat. Hassan Basri bukan macai biasa. Dia pernah digelar ustaz. Orang
kuat Hassan Ali.
7) Bukankah menuduh orang berzina atau liwat tanpa membawa 4 orang
saksi, wajib disebat 80 sebatan dan kesaksian mereka ditolak
selama-lamanya? Mustahil mereka ini tidak tahu mengenai hukum qazaf.
Sama ada Anwar Ibrahim meliwat/zina ataupun tidak, mereka yang
menuduhnya wajib disebat 80 sebatan terlebih dahulu, sebelum Anwar
Ibrahim dibicara.
8 ) JIKA Anwar didapati bersalah sekalipun, mereka yg menuduhnya tanpa 4
saksi yg adil, mesti disebat. Pembuktian melalui qarinah seperti video,
tilam, tompokan mani, lubang dubur saiful robek dan sebagainya, JIKA
terbukti sahih dan Anwar bersalah dengan bukti-bukti itu sekalipun, maka
Anwar hanya dikenakan hukum Takzir, bukan hudud. Anwar tidak dikenakan
hukuman hudud sekalipon didapati bersalah (tanpa 4 saksi), sedangkan
orang yang menuduhnya tanpa 4 saksi itu adalah pesalah qazaf, pesalah
hudud yang mesti disebat 80 sebatan. APakah ustaz-ustaz kambing laga ini
tidk faham hukum hudud?
9) Islam amat memandang serius tetang maruah seseorang muslim yg cuba
dirobek oleh makhluk-makhluk yg tercela. Lihatlah betapa hukum qazaf
hanya melibatkan fitnah seks terhadap seseorang muslim/muslimah. Tidak
ada dalam hukuman hudud atas kesalahan memfitnah dalam perkara lain.
Bukan kesalahan hudud menuduh orang membunuh. Tiada dalam hukuman hudud
menuduh orang mencuri. Semua itu hanya melibatkan hukuman Takzir. Tetapi
menuduh zina, menuduh liwat, ia diletakkan di bawah hukum Hudud.
Menuduh zina/liwat adalah kesalahan qazaf yg membawa hukuman 80 sebatan
dan ditolak kesaksian slama-lamanya.
10) Zina/Liwat adalah berdosa besar. Menuduh Zina/Liwat tanpa 4 saksi
juga adalah berdosa besar. Sedarlah Hassan Basri! Sedarlah Zulkifli
Nordin! Kamu adalah pesalah hudud. Serah dirilah kamu untuk disebat 80
sebatan, sebelum kamu disebat di akhirat nanti!
Sekian.
p/s: Jika hudud dilaksana dalam negara kita, kerja kosong sebagai tukang
sebat akan jadi banyak. Sebab macai-macai umno yg menjadi pesalah
qazaf, bakal disebat. Lenguh oii...ramai sgt...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.