Followers

Tuesday, March 18, 2014

AKHIRNYA BEE END CUBA MENUTUP KELEMAHAN SENDIRI..............

Guruyaya OK Papazi 

AKHIRNYA BEE END SEPERTI YANG DIJANGKA CUBA MENUTUP KELEMAHAN SENDIRI KERANA MEREKA SEDAR MASIH BANYAK JANJI DALAM MANIFESTO PRU13 BELUM DITUNAIKAN... MASA PRU13 BUKAN MAIN KATA MANIFESTO PENTING UNTUK RAKYAT BILA PR LEWAT KELUARKAN MANIFESTO PELBAGAI KRITIKAN DARI PEMIMPIN MACAI....

Komitmen Lebih Penting Daripada Manifesto - Muhyiddin Yassin

MUKAH, 17 Mac (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) tidak perlu mengeluarkan manifesto khas untuk pilihan raya kecil Balingian kerana komitmen untuk menunaikan janji yang dibuat pada pilihan raya umum yang lalu lebih diutamakan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini Isnin.

Beliau berkata siapa pun yang dipilih BN untuk menjadi calonnya pada mana-mana pilihan raya, sedar akan tanggungjawab mereka bagi memudahkan parti gabungan ini dalam memenuhi janjinya kepada rakyat.

"Saya tidak fikir manifesto itu penting tapi komitmen calon itu penting. Kerana ini bukan pilihan raya umum dan Sarawak adalah dipimpin oleh Barisan Nasional. Apa yang kita janjikan dahulu kita akan laksanakan," katanya kepada pemberita selepas tamat proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Balingian di Dewan Suarah Mesra Mukah di sini.

Calon BN Yussibnosh Balo, 47, akan berdepan dengan calon PKR Abdul Jalil Bujang dalam pertandingan satu lawan satu bagi kerusi Balingian yang dikosongkan penyandangnya Tan Sri Abdul Taib Mahmud kerana bersara sebagai ketua menteri Sarawak pada 28 Feb.

"Bagi kami bukan manifesto yang penting tapi komitmen...masih ada beberapa perkara yang hendak kita sempurnakan," kata Muhyiddin.

Mengenai penyertaan PKR dalam pilihan raya kecil itu, Muhyiddin dapat mengagak bahawa pembangkang akan sengaja menggembar-gembur isu untuk meraih perhatian pengundi semasa berkempen.

Ini terbukti pada beberapa pilihan raya sebelum ini parti itu akan menggunakan apa sahaja untuk dijadikan modal pilihan raya, katanya.

"Biasalah dalam mana-mana pilihan raya kecil (jika) pembangkang telah kehilangan modal dia cari apa-apa yang ada (untuk dijadikan isu kempen). Itu cara yang mereka lakukan," katanya.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem turut mengiyakan pandangan Muhyiddin bahawa parti pembangkang pastinya akan membangkitkan isu yang tidak berasas dalam pilihan raya kecil seperti ini.
" Jika tiada isu pun, saya pasti mereka akan menciptanya," katanya.
-- BERNAMA

AKHIRNYA BEE END SEPERTI YANG DIJANGKA CUBA MENUTUP KELEMAHAN SENDIRI KERANA MEREKA SEDAR MASIH BANYAK JANJI DALAM MANIFESTO PRU13 BELUM DITUNAIKAN... 

MASA PRU13 BUKAN MAIN KATA MANIFESTO PENTING UNTUK RAKYAT BILA PR LEWAT KELUARKAN MANIFESTO PELBAGAI KRITIKAN DARI PEMIMPIN MACAI....

Komitmen Lebih Penting Daripada Manifesto - Muhyiddin Yassin

MUKAH, 17 Mac (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) tidak perlu mengeluarkan manifesto khas untuk pilihan raya kecil Balingian kerana komitmen untuk menunaikan janji yang dibuat pada pilihan raya umum yang lalu lebih diutamakan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini Isnin.

Beliau berkata siapa pun yang dipilih BN untuk menjadi calonnya pada mana-mana pilihan raya, sedar akan tanggungjawab mereka bagi memudahkan parti gabungan ini dalam memenuhi janjinya kepada rakyat.

"Saya tidak fikir manifesto itu penting tapi komitmen calon itu penting. Kerana ini bukan pilihan raya umum dan Sarawak adalah dipimpin oleh Barisan Nasional. Apa yang kita janjikan dahulu kita akan laksanakan," katanya kepada pemberita selepas tamat proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Balingian di Dewan Suarah Mesra Mukah di sini.

Calon BN Yussibnosh Balo, 47, akan berdepan dengan calon PKR Abdul Jalil Bujang dalam pertandingan satu lawan satu bagi kerusi Balingian yang dikosongkan penyandangnya Tan Sri Abdul Taib Mahmud kerana bersara sebagai ketua menteri Sarawak pada 28 Feb.

"Bagi kami bukan manifesto yang penting tapi komitmen...masih ada beberapa perkara yang hendak kita sempurnakan," kata Muhyiddin.

Mengenai penyertaan PKR dalam pilihan raya kecil itu, Muhyiddin dapat mengagak bahawa pembangkang akan sengaja menggembar-gembur isu untuk meraih perhatian pengundi semasa berkempen.

Ini terbukti pada beberapa pilihan raya sebelum ini parti itu akan menggunakan apa sahaja untuk dijadikan modal pilihan raya, katanya.

"Biasalah dalam mana-mana pilihan raya kecil (jika) pembangkang telah kehilangan modal dia cari apa-apa yang ada (untuk dijadikan isu kempen). Itu cara yang mereka lakukan," katanya.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem turut mengiyakan pandangan Muhyiddin bahawa parti pembangkang pastinya akan membangkitkan isu yang tidak berasas dalam pilihan raya kecil seperti ini.

" Jika tiada isu pun, saya pasti mereka akan menciptanya," katanya.


-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.