SAMM merujuk kepada kenyataan Nora Danish kepada "Zass", sisipan hiburan akhbar Sinar Harian semalam.
Seniwati berstatus ibu tunggal dengan
seorang anak itu dipetik sebagai berkata bahawa banglo itu bukan dibeli
untuk dirinya sebaliknya untuk ibu kepada Nedim, anak kepada Datuk Seri
Nazri Aziz.
"Dengan pengakuan ini juga, SAMM
menggesa pihak SPRM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) agar bersedia
untuk membuka fail siasatan ke atas anak Nazri Aziz," kata Pengarah
Propaganda SAMM Edy Noor Reduan.
Menurut Edy, terdapat beberapa persoalan sekitar pembelian banglo itu yang sehingga kini masih belum terjawab.
Antaranya berhubung kemampuan pembelinya
membeli rumah dengan harga sedemikian, peratusan wang tunai yang
digunakan dalam pembelian itu, serta prosedur kelulusan pembelian banglo
tersebut oleh pihak bank.
Menurutnya lagi, SAMM bersedia
bekerjasama dan menyerahkan dokumen-dokumen berkaitan pembelian banglo
itu kepada LHDN dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).- Mk
BATU VS KAYU
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.